PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Friday, November 26, 2010

Aiyakk...manyak sawangg oiiiii...eh apek mali ka?

13 comments


wahhh..lasanya sudah lama apek talak update ini blog...hmm apatah lagi blogwalking..kepada rakan2 blogger apek seprti errrrr...malasnya apek mau tag...huhuhu...soli la...mmg bnayk sawang ini blog..maklum la...sudah lama talak masuk...apek outstation..kehkeh....

hmm..mcm biasala kalo update ini blog...apek update ala pasai...huh! apa pasai apek??...
er....er....er...."wa lasa wa sudah in love sama solang amoii"...

apek balu saja kenal ini amoi..dlm fb..apek suka dy punya sikap..unik!..hmm...tapi boleh ke kalo kita menghalap or pelcaya olang yg kita kenal dalam fb???dan agak berjauhan pulak tu....wehhh...kepada pembaca yg membaca entli apek ni...jgn lupa bg idea r....siyess...apek in love neh n betul2 mau kinal itu amoi...


p/s: thx...next time kalo apek lajin apek updates lg...tlingat duit nuffnang apek..ntah la sikalang da belapa...dulu ala dekat RM200 blom tebus cek lagi...kuikui....salam

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

5 comments

Salam kepada rakan-rakan apek dan juga blogger semua...ni entri khas dari apek kepada semua..pendek saja maa....selamat menyambut bulan puasa. Yang talak penuh taun lepas tu kasi penuh okeyyy....yang pelempuan tu sudah ganti bulum???kuikuikui....apa2 pun selamat menyambut bulan puasa, semoga kerja dan kehidupan kita dibelkati oleh Allah S.W.T....ahakks...

Monday, August 9, 2010

Community Shield 2010 result, Machester United vs Chelsea

4 comments

Wednesday, August 4, 2010

Misteri....bekas ADUN menembak diri sendiri?

0 comments

SUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam. 


Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.

“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.
Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Jenazah Abdul Aziz dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam manakala jenazah Siti Rohana di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang.

Abdul Aziz meninggalkan isteri, Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, dan Norazian, 37, kedua-duanya pensyarah universiti, serta seorang anak lelaki, Mohd Anis Hisham, 33, yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.
Siti Rohana pula adalah bekas pembantu peribadi Abdul Aziz dan sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, empat tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga anak - Izati Natasha, 20, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, yang tinggal bersama Siti Rohana di Tanjung Karang.

Bekas suami Siti Rohana ketika ditemui di HSB, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu sejauh mana hubungan bekas isterinya dengan Datuk Abdul Aziz kerana sudah lama tidak berhubung.

Sementara itu, Mohd Anis berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya, kira-kira jam 9 pagi di kediamannya di Shah Alam.

“Bapa memandu sendiri kenderaannya ke pejabat di Petaling dan mungkin meletakkan kenderaannya di pejabat sebelum menumpang Siti Rohana untuk menghadiri program di Tanjung Karang.

“Bapa tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik, cuma bapa menjadi rapat dengan saya sejak beberapa hari lalu. Bapa seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh,” katanya.








hmm....macam-macam persoalan yang timbul dipemikiran kita semuakan???apek takmau tuduh sapa-sapa...Tuhan saja yang tau...

Saturday, July 31, 2010

Asyraf johan Imam Muda

8 comments

Waa baru-baru ni sempat juga apek layan final Imam Muda di Astro Oasis. Best sangat sebab dapat tengok anak-anak muda begitu bersemangat untuk bersaing menjadi Imam Muda. Penantian selama tiga bulan untuk mencari Imam Muda terunggul bagi musim pertama kini telah terjawab apabila peserta dari Pulau Pinang, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, diangkat sebagai pemenang program realiti konsep dakwah yang pertama didunia itu.

Beliau menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 yang berasal dari Baling, Kedah, selepas peserta berusia 26 tahun itu tampil cemerlang dalam tugasannya sepanjang 10 minggu program itu berlangsung di Astro Oasis yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam.

Muhammad Asyraf menerima hadiah berupa sebuah Proton Exora, pakej menunaikan haji dan umrah, wang tunai RM20,000, komputer riba Apple Macpro, Iphone 3G, pakej spa Maghribi, pakej percutian ke Bandung selama empat hari tiga malam dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Turut diumumkan pemberian biasiswa kepada semua 10 peserta yang dianugerahkan Yayasan Al-Madinah. Mereka bukan saja ditawarkan biasiswa pendidikan, malah boleh memilih bidang pengajian yang diminati pada peringkat sarjana.

Saturday, July 24, 2010

Muslim cleric: Malaysia won't ban Man U jerseys

0 comments

Wahh seminggu xupdate..apek manayk busy...keja+study..apek ada terbaca artikel so apek pikr mau share saja..cekedaout...


KUALA LUMPUR, Malaysia – Islamic authorities have no plans to issue an edict banning Manchester United jerseys in Malaysia despite recent tabloid reports that Muslims have been urged not to wear the Premier League club's shirts because the emblem features a devil.

Harussani Zakaria, a cleric from northern Perak state, said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the "wrong value" for Muslims but that doesn't mean he wanted them banned.

"We just advise people not to wear this," he told The Associated Press on Friday. "Satan is for us our enemy ... It's the wrong value. Satan is always bad."

His clarification follows domestic and international news reports which claimed that Manchester United jerseys and uniforms of other international teams and clubs had been banned for Muslims in Malaysia. The Manchester United emblem features a red devil holding a trident and the club is sometimes referred to as the Red Devils.

Harussani said other clerics shared his opinion but they didn't plan to pass any edict to ban the attire either. He said many football fans were unaware of the image on the emblem.

Manchester United is among the most widely supported football clubs in Malaysia, where a tabloid report of the ban on the jerseys failed to cause a stir.

Malaysia has long been billed as a moderate Muslim country, though controversial religious edicts, such as a ban on yoga for Muslims, have made headlines recently. Some 60 percent of the country's 28 million people are Muslim.

Saturday, July 17, 2010

Adidas Juara Dunia, Nike Penjaring Gol

4 comments


Hi semua..ingat lagi tak dulu apek penah post pasal perang jenama di Piala Dunia..kini dunia telah pun mendapat keputusan bagi kategori pengedar serta penaja rasmi Piala Dunia.

"Adidas adalah juara dunia tetapi Nike menjaringkan gol kemenangan."

Adidas yang menaja jersi skuad Sepanyol, menang 1-0 ke atas Belanda pada perlawanan akhir sekali gus menobatkan kembali jenama 'tiga garis' itu kembali ke podium. Nike pula yang menaja skuad Belanda, heboh mengatakan bahawa gol diperlawanan akhir itu dihasilkan pemain yang mengenakan but Nike - Andres Iniesta. Jenama Jerman, Puma yang juga pengedar ketiga tertinggi Piala Dunia, turut mencapai kejayaan.

Wednesday, July 14, 2010

Latest FIFA World Ranking

4 comments

Salam all....kita balu saja abis world cup kan...tapi rata-rata masih lagi membincangkan isu Piala Dunia ni...Okla apek mau share latest punya ranking yang balu dikeluarkan oleh FIFA selepas Piala Dunia 2010 balu-balu ini...


Apek lasa itu FIFA lupa satu benda lagila....mana Paul Si Sotong Kurita????kuikuikui;P

Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

11 comments



JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.- UTUSAN.

Sementara itu pemain muda Jerman Thomas Mueller menerima kasut emas 'Golden Ball' selepas David Villa dan juga Wesley Sneijder gagal menjaringkan gol pada perlawanan akhir.

Lain-lain anugerah:
Diego Forlan dianugerahkan 'Golden Ball'
Iker Casillas dianugerahkan 'Golden Glove'

(Renungan Bersama : Perlawanan yang menyaksikan 'kad kuning' ditaburkan kepada ramai pemain kedua-dua pasukan. Perlawanan yang memaparkan pemain Sepanyol dan Belanda terlalu berhati-hati untuk membuat serangan sehingga hanya satu gol dijaringkan. Apapun satu sejarah tercipta dengan Sepanyol kini tergolong dalam kumpu

Saturday, July 10, 2010

Final World Cup 2010 : Netherlands vs Spain

5 comments





Profile

The final or bust. The Oranje have set lofty aims for their campaign in South Africa, 32 years after their 3-1 extra-time defeat by Argentina in the showpiece game, which itself came four years on from their 2-1 final loss to West Germany. Since the retirement of pioneering coach Rinus Michels, a multitude of players have followed in the footsteps of the Johan Cruyff generation without ever advancing as far as the final hurdle, though one particularly talented crop did claim the European title in 1988. Often seen as spectacular but mentally fragile, the Netherlands hope to banish that image under Bert van Marwijk, who took over in the wake of their disappointing UEFA EURO 2008 campaign.
He and his charges at least have history on their side this time around. The last team to reach a FIFA World Cup™ finals without dropping a single point in qualifying - West Germany in 1982 - went on to contest the final. The current Oranje vintage have made no efforts to conceal their ambitions and, once again, look on paper to have all the ingredients necessary to go far.
There Words
"We have a mission: that mission is to be champions of the world," Frank de Boer, assistant coach.
Profile
On a scale of one to ten, Spain's performance in qualifying for the 2010 FIFA World Cup South Africa™ can only be given top marks. On top of wins in each of their ten games, La Roja were the European Zone's second top scorers with 28 goals while conceding a miserly five at the other end. Maturity, resilience and the ability to overcome adversity were all in evidence during their campaign, and few national teams in world football are blessed with squads of such depth and sheer talent. The Iberians have not rested on the laurels of their UEFA EURO 2008 victory, consistently bringing in new faces without renouncing their commitment to attractive short-passing football.
The Words
"We've got good players and a well-oiled team, but there are some very strong sides out there. Our aim is to challenge for the next World Cup but we know how difficult it is. We're not the favourites but we are among the hopefuls." Vicente del Bosque, Spain coach.

Tuesday, July 6, 2010

Hikayat penyokong Argentina

26 comments

Awai-awai lagi dah keluar lumah cali tempat kat kedai mamak
kalo boleh nak duduk depan-depan skali
layan plak teh tarik gelas..
 semata-mata nak tengok match German vs Argentina

Gol pertama apek dapat sms yg amat ringkas tapi dalam maksudnya:

"hahaha"

Gol kedua plak menyusul di separuh masa kedua, yang ni ganas sikit:

"Bungkusla he3"

Gol ketiga makin rancak pulak tepon apek berbunyi, tak henti plak 2..

"apa dah jd?"

"dont cry for me argentinaa"

"apa ni wehh dah kena lauk...hahaha"

Masuk gol keempat, terus dapat calling.......

"hellooooo...hahaha..apa sudah jd dengan argentina...mana 'hand of god'......."

"apala argentina xbuleh pakai...4-0...setaun bawak balik sebijik yoo..sampai 4 taun hahahaa"

ada satu call apek terpaksa decline sebab banyak sms masuk
angkat pun buang masa mmg kena kutuk

Argentina kalah memang apek tak kisah sangat...org sms call kutuk-kutuk memang apek boleh tahan lagi...tapi satu sms ni memang bikin apek panas

"WEIII...BALIK KANG TAPAU ROTI KOSONG EMPAT!"

cis......hampeh betuila ini olang.


Monday, July 5, 2010

Mohd Juara Mentor 4

2 comments


Wahh kita pause kejap sal world cup. Sapa yang menang mentor 4? oke...Juara Mentor musim ke-4 disandang oleh MOHD yang merupakan protoge kepada Ziana Zain. Beliau yang mengumpul 71 mata mengalahkan dua peserta lain iaitu Nani dan Adi. Tahniah kepada Mohd dan juga Ziana Zain.

Mohd yang menyanyikan lagu yang dicipta khas untuknya iaitu Cinta, dan juga lagu pilihan yang lain Tragedi Oktober dan Itu Kamu telah membawa pulang RM100,000 dan juga trofi. Manakala Adi dan juga mentornya Dayang mendapat tempat ke-2 dengan membawa pulang RM30,000 bersama trofi didikuti Nani dan juga mentornya Azmeer ditempat ke-3 dengan hadiah sejumlah RM10,000.

Sunday, July 4, 2010

Semi Finals : World Cup 2010

0 comments


Waa...argentina dah kalah...huhuhu

Thursday, July 1, 2010

World Cup 2010 Movie

10 comments

Aiyaa....hi u all...ini hali ada entli khas untuk oenyokong England lagi. Kali ni pulak part 2 dali apek...jomm...cek kat bawah..

Wednesday, June 30, 2010

Quarter Final : World Cup 2010

2 comments

Perlawanan peringkat kalah mati telah pun taman..berikut apek ada sediakan 8 pasukan yang akan berentap di peringkat suku akhir.

Monday, June 28, 2010

Proof! Photographic evidence that the England goal was not in!

22 comments

Kuikuikui..entli ni khas untuk penyokong England....pagi tadi apek ada terima email dari member apek..so lu olang cekedot...No komen dali Apek!;P

Sunday, June 27, 2010

Serius Apek terpesona!

18 comments

Semasa sibuk berwalking selepas menonton Piala Dunia 2010 tiba-tiba apek terhenti lama disebuah belog...eh apa pasai ar????sebab apek jumpa amoi apek dekat sana....kuikuikui...terpesona apek dengan penampilan amoi apek ni!;p Nak tau kisa amoi apek ni pakai tudung ke? jom masuk sini..traffic-sha

Comey x amoi apek pakai tudung??hehehehe

Saturday, June 26, 2010

World Cup 2010 Stage 2: Round of 16

1 comments

Kesemua perlawanan ke-3 dalam kumpulan telah pun tamat pagi ini. Apek ada sediakan negara-negara yang telah layak ke peringkat seterusnya.

Thursday, June 24, 2010

Stage 2: Round of 16 [World Cup 2010]

2 comments

Diatas adalah 8 pasukan awal yang layak ke Peringkat ke-2 : Round of 16. Dan ada lg 16 pasukan yang akan berentap selepas ini untuk merebut 8 tempat terakhir.

Wednesday, June 23, 2010

Argentina!! Messi!!

10 comments

Masuk Piala Dunia kepala apek tak sempat nak pikir entri baru..dalam kepala mau tengok bola saja ekekeke..apa-apa pun tahniah buat pasukan kesukaan apek Argentina kerana memenangi perlawanan dengan Greece pagi tadi....yarebbbaaa....glasias porketo to Messi kerana menjadi pemain terbaik perlawanan.


 

Monday, June 21, 2010

Team pertama terkeluar dari Piala Dunia 2010

11 comments




Setelah tertewas 2-1 kepada Denmark pada perlawanan kedua peringkat pertama, Cameroon tidak bernasib baik kerana tidak layak ke pusingan kedua sekali gus menjadi negara yang pertama terkeluar dari saingan Piala Dunia kali ni.

Brazil pula dijangka akan menjadi negara kedua yang layak ke pusingan ke-2 selepas Belanda jika mereka berjaya menewaskan Ivory Coast pagi ini.

Apa-apa pun hidup Argentina!kuikuikui;)

Sunday, June 20, 2010

Mencuci Kemaluan Dengan Betul

16 comments


Apa yang perlu dilakukan selepas membuang air kecil

Ini hali apek tamau celita pasal apek lagi..ini hali apek mau share something sama semua olang. Baru-baru ni apek ada jumpa satu entri dan tertarik dengan isi didalamnya, jadi apek lasa tak salah jika apek share sekali dengan lu olang. Thanks kepada teratak inspirasi untuk entli ni. hehehe.

olang kata "sharing is caring" kn

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.


Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.


Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.


Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.


Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

Thursday, June 17, 2010

Kedukaan terubat

19 comments

Hati yang resah masih belum terubat. Ada something yang apek tunggu-tunggu hari ni.  Dekat tempat kija asik tengok jam saja bila boleh balik. Bila duk asik tengok jam rasa macam lambat pulak jarum minit ni berjalan.   Mau balik awal pun lasa macam tak guna, baik tunggu saja.

Time balik kija rasa seronok laen macam, apek merempit pun menjadi kalah Apit berpuluh-puluh keta apek menyelit kuikuikui, kalo hari biasa rasa mcm serba tak kena saja nampak sangat benda yang ditunggu-tunggu tu semakin hampir ekekeke.

Dah sampai rumah parking moto tempat biasa. Masuk-masuk bukak baju terus pigi mandi, mak apek tengok pun dah geleng kepala, bukan apa mungkin pelik sebab tak penah tengok anak terunanya balik-balik kerja terus ke bilik mandi.

Bila dah wangi terus parking depan tv kuikuikui masa yang ditunggu hampir tiba, semakin hampir semakin lambat pulak, kadang-kadang terasa macam tunggu mau buka puasa saja kekeke. Cukup time bola pun mula akhirnya perlawanan yang ditunggu telah pun bermula...Argentina vs Korea Selatan, game tak berapa cantik apa-apa pun apek begitu happy sebab my dream team menang 4-1...apek tulis panjang-panjang pun sebab mau bagitau ini celita saja..kuikuikui talak awek pun hepi maa....

Sunday, June 13, 2010

Gundah gulana

36 comments


3-4 hari ni lasa macam tak sedap hati. Buat kerja serba tak kena, mau sarapan pagi pun tak lalu. Hilang tumpuan pun ada. Penyakit apa yang dah menyerang apek ni, nak kata terlepas 1st game world cup tak pulak kot...mengeluh panjang apek dibuatnya.....

Pikir punya pikir patutla pun baru apek pasan rupa-rupanya amoi yang apek usha pagi-pagi sebelum pegi keja tak ada. Dah 2-3 hari tak nampak biasanya setiap pagi sebelum apek pigi keja itu amoi akan duduk didepan rumah menunggu bas sekolah. Dapat tengok senyumannya setiap pagi pun dah cukup memberi 'energy' kepada apek untuk bekerja selama 8 jam ekeke.

Sikalangkan cuti sekolah memangla tak nampak rupa. Rumah pun kosong, agaknya ini amoi pergi bercuti ke langkawi kot.

Apek pun mau bercuti jugak tapi bukan di pulau.....di tengah lautan.......huuuuu.....nak tenangkan hati....nanti proceed ekekeke;)

Thursday, June 10, 2010

Jadual Piala Dunia 2010 [download]

13 comments

Tinggal sehari hari saja lagi mau Piala Dunia. Bagi yang minat bola mesti dah tak sabar-sabarkan..samala macam apek ekekeke...kat sini apek nak share dengan lu olang jadual Piala Dunia 2010. Dalam jadual ni lengkap dengan jadual perlawanan, pasukan dan juga stadium. Yang bestnya dalam jadual ni lu olang boleh edit sendiri result-result terbaru. Kedudukan pasukan akan berubah-ubah berdasarkan formula yang telah dibuat.

lu olang boleh download kat sini
DONWLOAD!

Wednesday, June 9, 2010

Israel Inside (israel dalam pc kita)

21 comments


Dunia tengah kecoh-kecoh pasal itu islael talak guna yang semakin menjadi-jadi dengan menyerang kapal misi pasukan  bantuan antarabangsa. Siapa yang talak terbakarkan dengar itu cerita. Sini apek tak mau cakap pasal itu serangan sebab dah ramai kawan-kawan kita share itu celita.

Apek mau share something yang apek baru tau, ape tak sure lu olang sudah tau ka belum. Sebenarnya ada logo bendera Israel dalam kita punya pc. Apek pun tak sangka tapi bila dah check ada pulak itu logo tak guna. Boikot punya boikot lupa-lupanya ada pulak lambang Israel dalam apek punya lappy. Sekarang apek dah pun buang itu lambang...jom-jom suma mali kita buang.

check kat sini...banyak gila...

klik My Computer > Drive C > Program Files > Microsoft Office > Media > CAGCAT10 > tengok image J0285926 (ada logo israel bukan?) delete it!

klik My Computer > Drive C > Program Files > Microsoft Office > Clipart > PUB60COR > tengoh image-image ni J0152690, SY01462_,SY01491_,BD00116_, J0102594, J0212299, J0216600, J0237336, J0239191, J0287415, SY01491_

Delete semua....nyah kau dali pc apek ekeke...boikot habis-habisan!

Tuesday, June 8, 2010

Jenama di World Cup

15 comments

World Cup semakin dekat hehe xsabar pulak apek nak tunggu ekekeke..Bila berborak pasal World Cup ni apek tertarik dengan tajuk berita diakhbar baru-baru ini iaitu 'perang jenama'. Saingan bola bukan sahaja diatas padang tapi melibatkan jenama-jenama terbesar yang menjual barangan sukan semasa Piala Dunia. Jenama yang yang paling popular di Piala Dunia sudah tentulah Adidas dan dua pesaing utamanya, Nike dan Puma. Ketiga-tiga jenama ni akan memeriahkan lagi kempen Piala Dunia nanti.

Apek ada sediakan sedikit tentang info ringkas ketiga-tiga jenama ini.

Adidas


Adidas merupakan pengeluar barang sukan dari negara Jerman. Ditubuhkan pada 1924 oleh Adolf Dassler. Produk-produknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain. Adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Nike. Negara yang menggunakan jenama Adidas di Piala Dunia Argentina, Mexico, Sepanyol, Denmark, Perancis, Jerman, Greece, Japan, Nigeria, Paraguay, Slovakia,

Nike

Nike, Inc. ialah syarikat yang menghasilkan kasut, pakaian dan alat-alat sukan serta aksesori dari Amerika Syarikat yang merupakan salah satu syarikat sukan yang terbesar di dunia. Diasaskan oleh William J. "Bill" Bowerman dan Philip H. Knight pada tahun 1972. Nike juga bergabung dengan Syarikat Umbro. Negara yang menggunakan jenama Nike di Piala Dunia Australia, Brazil, England, Korea Selatan, Belanda, New Zealand, Portugal, Serbia, Slovenia, Amerika Syarikat.

Puma

Diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1948, sejak meninggalkan abangnya Adi (Adolf Dassler) di Adidas. Syarikat yang terletak di barat Jerman ini menghasilkan barangan sukan seperti kasut, pakaian. Puma juga menjadi jenama utama yang menaja pasukan tuan rumah di Piala Dunia. Negara yang menggunakan jenama Puma di Piala Dunia Cameroon, Ivory Coast, Itali, Afrika Selatan, Switzerland, Uruguay, Algeria

Saturday, June 5, 2010

imesra.com

41 comments

imesra.com

hehe cantik x?bukan olang tau tapi lukisan ekekeke.

Hehehe...ini hali apek lasa amat gembira sekali. Lu olang tengokla gambar atas ni. Dah tentula gambar pujaan hati apek iaitu cik Lisa Surihani...kuikuikui. Lawa x? mestila lawa..sebab lukisan ni dilukis sendiri oleh seolang yang berbakat iaitu Esther dan diatas keizinan beliau dapatla apek meletakkan ini gambar di belog apek hehehe...Toce-toce Esther...tq2 so much!..hehe

Apek tamau cakap manyak..kalo lu olang mau tengok lukisan-lukisan dia..lu olang boleh terjah ini website imesra.com

Friday, June 4, 2010

Mad Sempit

17 comments



Kagum dengan pelumba Cup Prix

Apit bukan nama sebenar, seolang mat lempit yang disegani di kampung. Setiap ujung minggu dia akan tulun wat aksi, budak-budakla menjadi penonton setia mamat solang ni. Setiap kali moto dia 'up' budak-budak tak cukup umur akan jelit kesukaan sambil tepuk tangan, begitulah cara Apit mencali publisiti dikampungnya.

Jangan kata skil saja hebat kalo bab berhujah lagila, ini olang sembang memang talak penah jatuh punya. Bila bukak topik pasal motor, ini Apit memang boleh skor A apek ingat kalo ada subjek motor kat ipta 4 flats dia sapu. Kalo sembang pasal enjin habis segala teori dan pengilaan diulasnya memang powerla sampai Ah Kiat tokey kedai motor pun terdiam.

Kalo bab pakaian Apitlah yang up-to-date. Apek tengok serba-serbi, dari atas sampai bawah suma mau branded. Anak olang senang tak jugak, apek lasa sebab dia ada wat bisnes jual spare part moto kot. Dah pandai dalam bisnes ada rupa pulak tu memang jadi pujaanla minah-minah kat kampung ekekeke..Setakat mak budak tak sekolah lagila senang dapat, wekang itu motor petik ayat-ayat cinta petang tu jugak Apit bawa menarik.

Apit berbadan kecil dan kurus memang sesuaila kalo masuk itu Cup Prix, tambah pulak setiap minggu Apit slalu layan corner sampai berapi. Ramai jugakla olang termasuk apek rekemen pegi masuk itu Cup Prix tapi penah ditolaknya mentah-mentah sebab alasan kukuhnya yang tidak mahu meninggalkan peminat setianya dikampung. Katanya dia lebih suka duduk dikampung. Bila disuruh bekerja sama Ah kiat itu olang tak mau pulak katanya lebih seronokl melepak sama sekutunya dikampung berbanding sama tokei kedai tu.......

.aiyaa..mcm ini punya olang pun ada ka?ingatkan mat lempit macam ni sudah tak wujud..

Wednesday, June 2, 2010

Thanks untuk awards dan tag

4 comments

Kalo tak buat tag dan amik award ni lasa macam serba-salah pulak dekat olang yang bagi ni..wat kija tak senang, makan tak kenyang, semayang pun macam tak kusyuk ekekeke;P..Solila lambat amik...apek sibuk sangat dengan kija...sampai entli pun tak sempat nak buat.

Thanks for Krole, Cik Cepet , ChekguAlong, Mawaddah, Butterflies-lover dan ada lagi apek tak ingat lasanya...yang penah bagi tu tinggalkan komen kat sini..


Dari Mawaddah Mawaddah







Dari Mawaddah dan ChekguAlong







Dari Mawaddah Mawaddah dan Aku Chumel






Dari Mawaddah Mawaddah







Tag dari Krole dan Butterflies-Lover

i) 10 fakta tentang saya (nampak mcm senang tapi susah mau jawab)
- berotak untuk berfikir
- berpakaian
- boleh makan
- boleh dengar
- boleh cakap
- boleh tido
- boleh jalan dan berlari
- boleh ketawa
- boleh menangis
- last skali of kos la apek laki ekekeke.....manyak lagi ni tapi mau 10 saja hehehe

ii) 10 perkara menakutkan saya
- wat silap
- seksaan kubur
- telsesat dipadang pasir
- teljun bangunan
- potong tgn sendili
- buat benda yang menyakitkn diri
- nek motor dengan mat lempit
- di tengah lautan solang2
- pelempuan
- bos pa

iii) 10 perkara yang selalu aku sebut
- monink...
- hai..
- uit..
- weh...
- betui ka??
- pssttt...
- thanks..
- okei...
- hurmm
- yesss..!.

iv) 10 perkara yang amat bernilai bagi saya

= Agama
- Mak
- Abah
- Abang
- Adik
- Adik lagi solang
- Dili sendili
- bila olang tolong apek.
- ic
- lesen
- Atm kad

v) 10“pertama kali” dalam hidup saya
- pertama kali dapat tag macam ni
- pertama kali dapat soalan macam ni
- pertama kali jawab soalan mcm ni
- pertama kali jawab tag berjam-jam
- pertama kali diberi tag oleh lelaki (krole)
- pertama kali pening jawab tag
- pertama kali makan nasi tak habis
- pertama kali tak topup sebulan
- pertama kali apek menipu sebab nk jawab soklan ni
- pertama kali ku memandang wajah si dia...ekekeke

vi) 7 kawan yang yang kena tag ini,.
- Apek tag semua yang baca ni...

Tag dari Cik Cepet


anda eppie skrang.??
sekalang tak kot
knape anda eppie.??
Kan dah jawab tak hepi tadi
mende yg leyh wat anda eppie
orang wat lawak kot
penah dpt taG sblum neh.??
penah
warna yg anda suke.??
Of kos Melah ekekeke
7 owg yg na di taG && sebab
Tag semua...hehe

Monday, May 31, 2010

Drama Arjuna (Slot Aksi TV3)

34 comments


Buat semua pembaca ini hali apek mau share drama siri terbaru di Slot Aksi TV3 iaitu Arjuna yang bermula tanyangannya hari ini. Drama ini akan ke udara pada pukul 9.00 malam setiap isnin bagi menggantikan drama Jidin.  Apa yang best sangat tentang drama ni? Hehe..apa yang wat apek excited sangat sebab ini drama ada adegan alam fantasi ditambah dengan aksi lawan-lawan pedang dizaman pendekar dulu kala. Kuikuikui..sama macam permainan kesukaan apek iaitu Kesatria Poyos. Bak kata Darkbatman pulak aksi macam cerita Stormrider dan juga Chinese Paladin..best-best..yang pasti drama Arjuna ni dalam bahasa Melayu.

Mau cakap pasal drama cintan-cintan, pujuk memujuk saja bosan jugakkan. Bagus jugakla kalo sekali skala kita beralih arah ke drama aksi pula. Selain dari aksi dan juga kuasa mistik terselit juga babak-babak percintaan dalam ini ditambah pula drama ini diberi penekanan pada aspek persembahan kesan khas visual CGI yang mengagumkan. Satu lagi drama aksi ni diterbitkan oleh KRU Studios...mesti masyukkkk...hehe

Sinopsis drama Arjuna:


Drama bersiri Arjuna mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna (lakonan Remy Ishak) seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan. Arjuna mewarisi sebuah senjata sakti, Permata Wilis daripada ayahnya Adiputra sebelum dibunuh oleh dua musuh yang akan sentiasa mengekori iaitu Grakus dan Gempita. Dapatkah Arjuna mempertahankan apa yang diwarisinya?so sama-samala kita saksikannya.

Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.



Ok...malam ni jangan lupa tau pukul 9.00 di TV3...hehe cekedout...aiyaa...

Saturday, May 29, 2010

Malaysia juga ke World Cup 2010

25 comments


Agaknya tak salahkan kalo apek cakap malaysia jugak layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan 11 Jun ni. Bukan apa...sebenarnya bukan pasukan kebangsaan kita tetapi seorang pengadil kita yang telah terpilih untuk menjadi pengadil perlawanan disana nanti. Tahniah kepada Subkhiddin Mohd Salleh kerana telah terpilih menjadi pengadil di Piala Dunia nanti. Beliau juga telah pengadil yang diiktiraf FIFA diperingkat antarabangsa pada tahun 2000 dan mencipta sejarah menjadi pengadil pertama di Malaysia yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia nanti.

Banggala jugakkan sekurang-kurangnya ada juga nama Malaysia disebut di kejohanan terulung tu. Apek lebih bangga sebab Subkhiddin(Cikgu Din) ni sebenarnya seorang cikgu yang mengajar di sekolah apek. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal sebagai guru Pendidikan Jasmani. Telingat apek masa dia mengajar Pendidikan Jasmani dikelas apek dulu hehehe. Walaupun jarang-jarang ada di kelas tetapi apek masih ingat ini Cikgu Din. Apapun tahniah kepada seorang yang bergelar guru kerana mampu menjadi pengadil di Piala Dunia nanti...hehehehe(^_^)

Tahniah Cikgu!

Thursday, May 27, 2010

Chukang...filem untuk gay?rumah urut?

26 comments


Lu olang tau itu filem pendek yang bertajuk Chukang?kalo u olang da terbaca sulat khabar baru-baru ini mesti tau itu filem pendek. Filem ni mempunyai elemen-elemen seks membabitkan hubungan antara lelaki dengan lelaki serta disulam dengan emosi dan drama menjadi tunjuang kepada filem pendek ini. Apek cuma konfius adakah filem ini hanya untuk golongan gay ataupun umum. Dan juga apakah tujuan sebenar filem ini dibuat, adakah untuk mencetuskan kontroversi ataupun ingin mencali glamour saja?. Ini adalah sebuah lagi filem pendek pondan selepas filem Comolot dan juga Bukak Api. (best jugak filem yang sebelom ni)

Filem pendek terbitan syarikat Seamen Production Sdn Bhd arahan Shuhaimi Lua Abdullah mengisahkan seorang pemuda yang bernama Azlan (lakonan peserta program realiti Mystar LG, Azam Pit) dari Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki untuk dirinya dan juga membantu keluarga dikampung.
Namun atas kesempitan wang dan terdesak mencari pekerjaan, Azam terjebak dalam kancah 'rumah urut' yang mana dia telah ditawarkan bekerja sebagai tukang urut.

Selain itu wujud pula Jeff lakonan pelakon muda, Amran Ismail yang menggalas karakter antagonis serta Ifa Raziah sebagai Kamila dan Roslan Shah untuk menghidupkan watak mak ayam. Wahh ini celita memang mengisahkan tentang rumah urut ekekeke tetapi bezanya rumah urut ni tukang urutnya bukanla awek-awek seksi or amoi-amoi gebu tetapi hanyalah seorang lelaki yang nalurinya normal seperti lelaki lain di dunia ini.

Kalo u olang nak tau sebenarnya filem pendek ini menyingkap kisah benar seorang tukang urut yang terpaksa berdepan kemelut kerjanya yang bertentangan dengan nafsu jiwanya. Lelaki sejati macam apek ni! kuikuikui...Banyak isi-isi tersirat dalam ini filem Chukang selain daripada membongkar kisah semangat seorang jejaka serta nilai pengorbanan yang tidak terhingga.

Hmm so janganla salah faham dengan ini filem, apek sebelum tonton ini celita apek pun konfius jugak apa motif sebenar celita ni, tapi bila dah layan, macam-macam yang boleh kita ambil sebagai iktibar. jangan la pulak hanya menonton babak-babak panas saja ekekeke..bagi apek ternyata apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini banyak menyingkap mengenai realiti kehidupan yang sudah lama wujud ni negara kita ini, jangan terlalu berfikiran sempit, lu olang try la layan ini filem, tak lama hanya 15 minit saja. Selain tu ini filem pendek yang menelan kos RM10,000 juga bakal dipertandingkan untuk Festival Filem Malaysia akan datang. Tahniah, dan semoga berjaya untuk Shuhaimi!.






Part 1





Part 2

Tuesday, May 25, 2010

Shoutmix kena banned? apek ada penyelesaiannya

20 comments








Wa kena banned! Lu olang pelasan x apek punya shoutmix chat dah bertukar jadi Cbox?kekeke..lu olang tau kenapa?semalam
En Otomen88 pun ada tanya apek kenapa apek punya URL sudah kena banned sama shoutmix. Bila dah kena banned apek tak bolehla nak chat kat blog sendiri ataupun blogwalking kat mana-mana blog atau domain yang pakai Shoutmix macam apek…hurm..kalo kena mesti lu olang mesti tensionkan? Apek dah kena banned 5 jam pun sudah tak tentu arah hahaha…

Macam-macam cara apek cuba untuk selesaikan masalah ni tapi tak dapat jugak, setakat ni apek dah kirimkan surat cinta pada Admin Shoutmix tapi tak jugak dibalasnya. Ada olang sampai berbulan-bulan tetap tak dapat jawapan, Shoutmix tetap kena banned!

Itu hali apek ada baca artikel Cik Ellis yang mengalami masalah sama macam apek, sekarang apek tengok itu amoi sudah pun bertukar kepada Cbox. Bagi apek kalo tukar pun tak guna kalo URL dah kena banned, kalo u olang pakai shoutmix apek tetap tak boleh chat or tinggalkan jejak. Kat bawah ni antara chatbox yang popular dalam blog.

Shoutmix = apek xboleh chat! (kena banned)

Cbox
=boleh chat (belom kena ban)


Free Shoutbox
=boleh chat (belom kena ban)

Apa pasai kena banned eh???banyak sebab mengapa URL or IP Address kita kena banned, contohnya macam sesetengah kes bila kita mau blogwalking kita akan buka blog sehingga 10 tab, then kita akan mesej benda yang sama pada setiap page (maksudnya kita berkali-kali menggunakan perkataan yang sama) dan juga cara kita menyampaikan mesej dengan cepat dari blog ke blog lain(bagi yang mempunyai internet yang laju). So pihak admin contohnya dali Shoutmix mungkin akan mengangap kita cuba melakukan spam. Itu sebabla kena banned. Hehe apala apek wat sampai kena banned ni hehehe..tak faham betul apek hanya mau kunjung-mengunjung hehehe…

Apek try punya try akhirnya apek dapat jugak penyelesaiannya hehehe……apa penyelesaiannya?hehehe mana ada! Dah kena banned tu kena banned jugakla wakakakaka…hehehe takla apek gulau-gulau saja. Sebenarnya ada lagi cara len macam tukar URL lu olang kepada yang baru, tapi bagi yang dah lama berblog takkan plak tiba2 nak tukar yang barukan. Cara yang lain pulak dengan menukar blogspot@wordpress kepada  .com@org. Merumitkan jugakla kalo nak tukar.

Cara yang paling berkesan sekali nak selesaikan jika URL lu olang kena banned ialah dengan memendekkan URL lu olang. Contohnya www.faisalrozi.blogspot.com sudah kena banned sama itu shoutmix, sekarang apek pendekkan URL apek menjadi kepada kod lain.

U olang try tekan kod ni keluar apa hehehe :  http://xly.me/22z

So yang mana URL kena banned macam apek tu kalo nak blogwalking kat shoutmix boleh la try pendekkan URL lu olang kat laman web bawah ni:


Selamat mencuba oke.. Tryla semua mana tau ada yang boleh pakai, apek tak sure suma olang boleh pendekkan atau tidak dan apek juga talak pasti URL baru ni boleh tahan berapa lama sebab takut jugak kalo web-web kat atas tu dah takdek nanti, tapi wat masa ni sekurang-kurangnya apek dah boleh blogwalking macam dulu. Bukan apakan kalo tak blogwalking apek lasa macam telhutang ja sama lu olang semua hehehe…


Kalo sesapa yang dah try dan ada effect tolong rojer apek oke....Thanks kawan! 

Sunday, May 23, 2010

Apek di Final Liga Juara-Juara Eropah

26 comments


Pengalaman menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara memang apek tak dapat lupakan huhuhu!

Baru pas tengok bola ni live lg!!...wahhh dalam lamai2 olang sempat lagi apek tulis ini entli dan jugak blogwalking sebelum dan selepas perlawanan...lappy sentiasa dibelakang apek!!

Bagi yang minat bola macam apek tentu tau bukan ini hali punya game final Liga Juara-Juara Eropah iaitu perlawanan antara Inter Milan lawan Bayern Munich, kedua-dua pasukan akan beraksi di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol.  Seminggu sebelum perlawanan apek telima panggilan dalipada kawan baek apek si hensem Salil dan si badan sasa Ucop, u olang tau tak itu dua olang call apek sebab mau ajak apek pergi menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung di Madrid itu!!! wahhh...sebenarnya apek pun ada terpikir mau ajak kawan tak sangka pulak ini dua olang sudah wat kejutan sama apek..kekeke..apa yang penting kitaolang berangkat awal-awal sebab takut tak ada tempat.

Oke dipendekkan celita..setibanya apek disana, suasana begitu meriah, apek dapati begitu ramai olang yg datang menyaksikan perlawanan tersebut, yang kat dalam Stadium Santiago lagila ramai olang. Kat sini apek mau cali kelusi pun susah, ada jugak yang sanggup berdiri di bahagian belakang..hmm ramai bukan?. Memang best ramai-ramai tambahan pula dapat menyaksikan itu star bole sepak Samuel Eto sama Arjen Robben beraksi secara live!

Game memang menarik, apabila kedua-dua pasukan membuat cubaan ataupun menjaringkan gol, kebingitan jeritan dan tepukan penonton memang kuat. Sampai si Salil dan Ucop pun begitu kusyuk menyaksikan perlawanan tersebut sehingga permainan tamat, satu pengalaman yang manis bagi diri apek sebab dapat menyaksikan perlawanan akhir liga juara-juara walaupun pasukan yang apek sokong tumpas kepada Inter Milan 2-0. Tahniah Jose Mourinho.

Game dah habis apa-apa pun apek n geng memang enjoy sambil borak-borak pasal bola sebelum pulang tiba-tiba.........Papppppppppp!!! kedengaran seperti tangan mengetuk meja.

"machaa,  game sudah abiss, roti, milo sama teh tarik dua semua RM3.50. bayar sekarang la..kaunter sudah jem" kata mapley kedai mamak sambil meletakkan resit diatas meja makan kita olang.

adehhh....jgn marah tau...ngantok tengok bola apek mau balik tido...kuikuikui  Enjoy!!! ;P

Friday, May 21, 2010

Apek suka pisang

46 comments




Binaannya yang mantap mampu membuatkan sesiapa saja yang melihatnya terliur.

Pada 31 januari 2010 masa tu xsilap apek final perlawanan tenis 'Australia Open'. Apek call member baik apek yang hensem lagi macho iaitu Salil lepak rumah apek untuk layan aksi final itu Roger Federer lawan Andy Murray. Nak dijadikan celita..masa tengah itu show apek ada ternampak beberapa tandan pisang di atas meja rehat pemain disebelah itu court. Then, setiap kali berehat si Murray dan Roger akan memakan pisang tersebut. Apabila sudah masuk set yang terakhir apek ada mengadukan soalan kepada Salil "Salil apa pasai itu dua olang asik makan pisang saja???talak letih ka??

Si Salil dengan hensemnya memperbetulkan koler baju dan terus menjawab kepada apek. "laa..ang tak tau ka khasiat pisang tu??" sini aku nak terang kat sket" sambil menyedut air yang digenggamannya."Sini aku kelaskan khasiat2 pisang dekat ang, antaranya ialah"
  1. Pisang ada 3 jenis gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang mampu memberi tenaga kepada kita dgn segera!.
  2. Kajian yg dibuat bahawa 2 biji pisang memberi ckup tenaga senaman selama 90 minit.! wahhh...mai ya maa...
  3. Kajian juga mendapati pesakit-pesakit tekanan jiwa kembali pulih selepas makan pisang!.
  4. Lupakan pil hospital, vitamin B6 yg terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah dan mampu kembalikan mud anda.
  5. Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dgn menjadikan pelajar2 lebih cekap.
  6. Pisang juga boleh mengelakkan dari demam pagi.
  7. Kulit pisang mampu menghilangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan menyapu pd bahagian yg gatal.
  8. Vitamin B6, B12, potassium dan magnisium dapat membantu perokok yg ingin berhenti merokok.
  9. Anda juga boleh diet dengan makan pisang kerana ia mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.
  10. Pisang juga mampu melancarkan sistem pencernaan kita..wahh senang mau buang!.
wahh dasyat betul..lepas ni apek memang respect itu pisang, dali observation yang apek dapat buat adalah pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!!! dan juga kalo lu olang nak kilatkan kasut...bahagian dalam kulit pisang adalah jawapannya!!!just sapu ja dan kilatkan dengan kain keling....haiyooo....memang holliauu..

Wednesday, May 19, 2010

Tempat pelik Apek nak lawat tak pun honeymoon

54 comments

Ini hali apek mau bagitau kpd blogger tempat-tempat kediaman pelik yg apek telingin mau pigi..apek lasa ini punya tempat mau wat honeymoon pun ok wat...kekeke...memang agak romantik dimata apek..tp bagi brader2 or amoi2 kat luar tu apek talak tau,sesetengah olang mesti kata pelik tapi bagi apek ini adalah tempat yang unik harus apek pigi...mali2 apek mau tunjuk pada lu olang......





Earth House (Switzerland)

~Juga dikenali sebagai Earth Sheltered Home (lumah perlindungan bumi) terdapat di Switzerland. Kediaman ini dileka (direka) oleh Peter Vetsch untuk tujuan mengekalkan alam sekitar. Dinding punya kediaman diperbuat dalipada tanah yang menggunakan rekaan organik sekaligus dapat melindungi penghuni dalipada tanah luntuh,angin dan ribut. Kalo lu olang penah tengok The Lord of The Ring lu olang tau ini kediaman.





Shell House (Mexico).

~Shell House (Rumah Kulit Kerang) dibina oleh Senosiain Arquitectos (ini apa punya nama) untuk pasangan di Mexico sebagai merelisasikan impian dan lambang kasih sayang dalam sesuatu hubungan meleka(mereka). Diperbuat dalipada rangka keluli dan konkrit ini kelihatan seperti seekor siput yang mempunyai sebuah taman didalamnya. Bahagian dapur dileka dengan bentuk lidah yang kelihatan seperti hidup di dinding manakala ruang tamunya mempunyai sebuah sofa yang berupa seekor ampai-ampai.




Toda Hut (India)

~Dikenali sebagai Pondok Toda di Nilgiris, India belbentuk bujur telur dan mempunyai pintu yang kecil dibahagian hadapan. Ini kediaman diduduki oleh kaum Toda boleh didapati diperkampungan kecil dipanggil ‘munds’.



Bubble House (France)

~Ini kediaman macam tele tubies(siri kartun untuk budak berusia 4 tahun). Tapi bukan sebenarnya, kediaman ini telah dicipta oleh Antti Lovag, kediaman ini telah pun berusia lebih kulang 4o tahun dan terletak di Perancis. Kediaman ini juga terletak dikawasan dengan berpandangan Laut Mediterranean. Persekitarannya dihiasai oleh air terjun mini dan juga pokok Palma. Terdapat tiga buah kediaman ini dan salah satunya dicipta untuk Pierre Cardin.

Semua olang ada tempat yang ingin lawatikan...so dali observation yang apek dapat buat adalah sebenarnya ada juga satu lagi tempat unik yang setiap hali kita pergi dan terpaksa pergi, Kita juga tidak boleh mengelak dalipada tidak pergi ke tempat ini...tempatnya adalah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


cantik menarik tertarik kau memang da bomm!kekeke


Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.