#2 Cara nak bermain Kesatria Poyos
letak nama hampa kat sini..
yang baru main tu...dapatkan Hadiah dari pembesar Empayar POyos disini...
amik hadiah!!
korang gak leh dapat ramai geng kat dalam ni...
Tambah lebih 150++ geng anda!!!!
korang rajin2 la masuk ke blog atok ni untuk dpt lebih info..
Bila dah masukkan nama..korang leh la klik mulakan permainan..so bermula la kehidupan korang sebagai Kesatria, tapi ingat bukan mudah nak jadi kesatria ni sebab korang kena wat misi, upgrade karakter korang sampaila jadi kuat dan poyos hehe. Game ni xsusah lepas korang mulakan permainan, game ni ada sediakan tutorial permainan untuk korang..macam gambar kat bawah ni...
Tutorial Permainan
Untuk langkah 1: Misi Pertama
Kalo korang nak wat misi korang bolehla tekan Langkah 1 untuk misi pertama. Link ni akan membawa korang ke dunia Kesatria Poyos. Disinilah misi bermulanya perjalanan anda sebagai Kesatria, jad korang kenala selesaikan misi-misi kat dalam ni untuk menjadi kuat dan poyo. Menjadi Kesatria yang hebat memerlukan anda melalui pelbagai peringkat, antara peringkat yang pertama ialah peringkat Latihan. Yelahkan nak hadi pahlawan mestila kena ada latihan hehehe..mana leh main beduk je..
Misi yang pertama ialah misi memburu perompak, korang akan ditugaskan untuk menangkap perompak disekitar Empayar Poyos yang asyik mencuri dan merompak harta benda orang ramai. Contoh gambar ada aku sediakan dibawah:
Lepas settle tahap Latihan, hampa leh jadi pengembara pulak dan peringkat seterusnya.....^_^
Untuk Langkah 2: Beli Senjata
Bila korang dah rasa macam dah hebat sebab senang sangat selesaikan misi korang bolehla test power karakter korang, mana tau kot nak uji kehandalan ka hehe tapi pastikan karakter korang kuat dulu barula boleh poyo..hehe. Korang boleh klik Langkah 2 untuk beli senjata. Link ni pulak akan membawa korang ke kedai senjata yang terdapat sekitar Empayar Poyos. Kalo untuk yang baru tu kedai ni adala sediakan pedang-pedang yang boleh korang pakai untuk menyerang. semakin tinggi level korang semakin banyakla pedang korang leh 'unlock'.

Langkah ke 3: Lawan!
Selepas korang beli senjata dan peralatan lain bolehla korang uji kehebatan karakter korang dengan menekan link Langkah ke 3 untuk ke medan pertarungan. Kat sini korang boleh la berlawan dengan pemain-pemain lain.
senang ja..cuma perlu tekan 'serang' untuk berlawan dengan pemain lain.

Setiap kali korang nek 'level' baru atau melngkapkan misi, korang akan dapat point naik taraf. Korang boleh naikkan skil serang dan pertahanan,kesihatan atau tenaga disini. Terpulang pada anda hendak seimbangkan poin naik taraf tersebut atau tidak.
Langkah ke 5: kukuhkan geng kau
korang jugak boleh minta pertolongan dari rakan-rakan korang untuk dapat lebih banyak pengalaman dan juga duit. tapi sebelum tu korang kenala ada kawan dan geng dalam Kesatria Poyos ni. Semakin ramai geng korang semakin kuatla karakter korang. Geng juga memainkan peranan yang penting untuk menguatkan serangan dan pertahanan karakter korang. Sebagai contoh, kalo korang ada 1 geng korang hanya boleh memakai satu senjata sahaja. tapi jika korang ada 100 geng, karakter korang boleh pakai sehingga 100 senjata.
aku da sediakan sedikit formula:
1 geng = 1 senjata/perisai
100 geng = 100 senjata/perisai
jadi,
1 geng x 1 senjata/perisai = jumlah serangan/pertahanan anda
ok..sekarang kita guna contoh pedang jepang yang mempunyai kekuatan serang sebanyak (+3)
kalo korang ada 1 geng:
1 geng = 1 pedang jepang (+3)
1 geng x (+3) = 3 serangan
#korang dapat point 3 serangan
kalo korang ada 100 geng:
100 geng = 100 pedang jepang (3+)
100 geng x (+3) = 300 serangan
#korang dapat point 300 serangan
selain daripada membantu anda didalam medan pertarungan, geng juga boleh membantu anda semasa membuat misi, mereka akan memberi lebih banyak duit dan pengalaman kepada anda...hehehe best2...

Hampa leh invite kawan-kawan FB hampa untuk jadi geng, takpun just
copy paste ja 'invite link' korang dan share dalam FB.
Habisla suda episod untuk tutorial permainan, so tggu apa lagi mulala pengembaraan anda..hahahahaa..
"http://apps.facebook.com/kesatria-poyos/invitations/3668-fc2924?reference=invite_link"
lagi geng aku
"http://apps.facebook.com/kesatria-poyos/invitations/402-648f98?reference=invite_link"
Aku da lagi satu benda nak share ngan korang. Benda ni amat penting untuk menguatkan karakter korang semasa pertarungan dan juga membuat misi.Korang klik dekat geng. Korang pegi dekat bahagian Tugasan.
Then, (cewahh cakap omputih lak) huhu...korang boleh klik naik taraf dibawah untuk untuk kuatkan karakter korang. Ada 6 jenis naik taraf iaitu Kesatria, Penunggu, Dukun, Peragut, Nujum dan Along.
sini aku ada kelaskan:
Kesatria = menguatkan kekuatan serangan korang.
Penunggu = menguatkan kekuatan pertahanan korang.
Dukun = kurangkan kecederaan semasa pertarungan.
Peragut = mengaut lebih banyak duit kpd karakter korang semasa bertarung.
Nujum = jimatkan penggunaan tenaga karakter korang semasa membuat misi
Along = mengaut lebih banyak duit kpd karakter korang dalam misi
Korang boleh naikkan taraf diatas dengan memilih rakan atau geng anda yang terdapat dalam senarai anda. Point naik taraf bergantung kepada 'level' rakan-rakan anda didalam Empayar Poyos.
Contoh:
kalo korang naikkan taraf Atok Nujum untuk Kesatria kepada karakter korang,korang akan mendapat point serangan yang terdapat pada Atok Nujum tersebut.
Sekian saja info-info tentang cara bermain Kesatria Poyos daripada aku...huhuhu...aku akan share tips-tips Kesatria Poyos dari masa kesemasa..selamat bermain dan bak kata atok..teruskan perjuangan kau!;D