PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Friday, November 26, 2010

Aiyakk...manyak sawangg oiiiii...eh apek mali ka?

14 comments


wahhh..lasanya sudah lama apek talak update ini blog...hmm apatah lagi blogwalking..kepada rakan2 blogger apek seprti errrrr...malasnya apek mau tag...huhuhu...soli la...mmg bnayk sawang ini blog..maklum la...sudah lama talak masuk...apek outstation..kehkeh....

hmm..mcm biasala kalo update ini blog...apek update ala pasai...huh! apa pasai apek??...
er....er....er...."wa lasa wa sudah in love sama solang amoii"...

apek balu saja kenal ini amoi..dlm fb..apek suka dy punya sikap..unik!..hmm...tapi boleh ke kalo kita menghalap or pelcaya olang yg kita kenal dalam fb???dan agak berjauhan pulak tu....wehhh...kepada pembaca yg membaca entli apek ni...jgn lupa bg idea r....siyess...apek in love neh n betul2 mau kinal itu amoi...


p/s: thx...next time kalo apek lajin apek updates lg...tlingat duit nuffnang apek..ntah la sikalang da belapa...dulu ala dekat RM200 blom tebus cek lagi...kuikui....salam

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

11 comments

Salam kepada rakan-rakan apek dan juga blogger semua...ni entri khas dari apek kepada semua..pendek saja maa....selamat menyambut bulan puasa. Yang talak penuh taun lepas tu kasi penuh okeyyy....yang pelempuan tu sudah ganti bulum???kuikuikui....apa2 pun selamat menyambut bulan puasa, semoga kerja dan kehidupan kita dibelkati oleh Allah S.W.T....ahakks...

Monday, August 9, 2010

Community Shield 2010 result, Machester United vs Chelsea

4 comments

Wednesday, August 4, 2010

Misteri....bekas ADUN menembak diri sendiri?

0 comments

SUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam. 


Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.

“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.
Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Jenazah Abdul Aziz dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam manakala jenazah Siti Rohana di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang.

Abdul Aziz meninggalkan isteri, Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, dan Norazian, 37, kedua-duanya pensyarah universiti, serta seorang anak lelaki, Mohd Anis Hisham, 33, yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.
Siti Rohana pula adalah bekas pembantu peribadi Abdul Aziz dan sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, empat tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga anak - Izati Natasha, 20, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, yang tinggal bersama Siti Rohana di Tanjung Karang.

Bekas suami Siti Rohana ketika ditemui di HSB, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu sejauh mana hubungan bekas isterinya dengan Datuk Abdul Aziz kerana sudah lama tidak berhubung.

Sementara itu, Mohd Anis berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya, kira-kira jam 9 pagi di kediamannya di Shah Alam.

“Bapa memandu sendiri kenderaannya ke pejabat di Petaling dan mungkin meletakkan kenderaannya di pejabat sebelum menumpang Siti Rohana untuk menghadiri program di Tanjung Karang.

“Bapa tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik, cuma bapa menjadi rapat dengan saya sejak beberapa hari lalu. Bapa seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh,” katanya.








hmm....macam-macam persoalan yang timbul dipemikiran kita semuakan???apek takmau tuduh sapa-sapa...Tuhan saja yang tau...

Saturday, July 31, 2010

Asyraf johan Imam Muda

8 comments

Waa baru-baru ni sempat juga apek layan final Imam Muda di Astro Oasis. Best sangat sebab dapat tengok anak-anak muda begitu bersemangat untuk bersaing menjadi Imam Muda. Penantian selama tiga bulan untuk mencari Imam Muda terunggul bagi musim pertama kini telah terjawab apabila peserta dari Pulau Pinang, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, diangkat sebagai pemenang program realiti konsep dakwah yang pertama didunia itu.

Beliau menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 yang berasal dari Baling, Kedah, selepas peserta berusia 26 tahun itu tampil cemerlang dalam tugasannya sepanjang 10 minggu program itu berlangsung di Astro Oasis yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam.

Muhammad Asyraf menerima hadiah berupa sebuah Proton Exora, pakej menunaikan haji dan umrah, wang tunai RM20,000, komputer riba Apple Macpro, Iphone 3G, pakej spa Maghribi, pakej percutian ke Bandung selama empat hari tiga malam dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Turut diumumkan pemberian biasiswa kepada semua 10 peserta yang dianugerahkan Yayasan Al-Madinah. Mereka bukan saja ditawarkan biasiswa pendidikan, malah boleh memilih bidang pengajian yang diminati pada peringkat sarjana.

Saturday, July 24, 2010

Muslim cleric: Malaysia won't ban Man U jerseys

0 comments

Wahh seminggu xupdate..apek manayk busy...keja+study..apek ada terbaca artikel so apek pikr mau share saja..cekedaout...


KUALA LUMPUR, Malaysia – Islamic authorities have no plans to issue an edict banning Manchester United jerseys in Malaysia despite recent tabloid reports that Muslims have been urged not to wear the Premier League club's shirts because the emblem features a devil.

Harussani Zakaria, a cleric from northern Perak state, said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the "wrong value" for Muslims but that doesn't mean he wanted them banned.

"We just advise people not to wear this," he told The Associated Press on Friday. "Satan is for us our enemy ... It's the wrong value. Satan is always bad."

His clarification follows domestic and international news reports which claimed that Manchester United jerseys and uniforms of other international teams and clubs had been banned for Muslims in Malaysia. The Manchester United emblem features a red devil holding a trident and the club is sometimes referred to as the Red Devils.

Harussani said other clerics shared his opinion but they didn't plan to pass any edict to ban the attire either. He said many football fans were unaware of the image on the emblem.

Manchester United is among the most widely supported football clubs in Malaysia, where a tabloid report of the ban on the jerseys failed to cause a stir.

Malaysia has long been billed as a moderate Muslim country, though controversial religious edicts, such as a ban on yoga for Muslims, have made headlines recently. Some 60 percent of the country's 28 million people are Muslim.

Saturday, July 17, 2010

Adidas Juara Dunia, Nike Penjaring Gol

4 comments


Hi semua..ingat lagi tak dulu apek penah post pasal perang jenama di Piala Dunia..kini dunia telah pun mendapat keputusan bagi kategori pengedar serta penaja rasmi Piala Dunia.

"Adidas adalah juara dunia tetapi Nike menjaringkan gol kemenangan."

Adidas yang menaja jersi skuad Sepanyol, menang 1-0 ke atas Belanda pada perlawanan akhir sekali gus menobatkan kembali jenama 'tiga garis' itu kembali ke podium. Nike pula yang menaja skuad Belanda, heboh mengatakan bahawa gol diperlawanan akhir itu dihasilkan pemain yang mengenakan but Nike - Andres Iniesta. Jenama Jerman, Puma yang juga pengedar ketiga tertinggi Piala Dunia, turut mencapai kejayaan.

Older Posts

.
Powered by Blogger.