PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Thursday, May 27, 2010

Chukang...filem untuk gay?rumah urut?

26 comments


Lu olang tau itu filem pendek yang bertajuk Chukang?kalo u olang da terbaca sulat khabar baru-baru ini mesti tau itu filem pendek. Filem ni mempunyai elemen-elemen seks membabitkan hubungan antara lelaki dengan lelaki serta disulam dengan emosi dan drama menjadi tunjuang kepada filem pendek ini. Apek cuma konfius adakah filem ini hanya untuk golongan gay ataupun umum. Dan juga apakah tujuan sebenar filem ini dibuat, adakah untuk mencetuskan kontroversi ataupun ingin mencali glamour saja?. Ini adalah sebuah lagi filem pendek pondan selepas filem Comolot dan juga Bukak Api. (best jugak filem yang sebelom ni)

Filem pendek terbitan syarikat Seamen Production Sdn Bhd arahan Shuhaimi Lua Abdullah mengisahkan seorang pemuda yang bernama Azlan (lakonan peserta program realiti Mystar LG, Azam Pit) dari Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki untuk dirinya dan juga membantu keluarga dikampung.
Namun atas kesempitan wang dan terdesak mencari pekerjaan, Azam terjebak dalam kancah 'rumah urut' yang mana dia telah ditawarkan bekerja sebagai tukang urut.

Selain itu wujud pula Jeff lakonan pelakon muda, Amran Ismail yang menggalas karakter antagonis serta Ifa Raziah sebagai Kamila dan Roslan Shah untuk menghidupkan watak mak ayam. Wahh ini celita memang mengisahkan tentang rumah urut ekekeke tetapi bezanya rumah urut ni tukang urutnya bukanla awek-awek seksi or amoi-amoi gebu tetapi hanyalah seorang lelaki yang nalurinya normal seperti lelaki lain di dunia ini.

Kalo u olang nak tau sebenarnya filem pendek ini menyingkap kisah benar seorang tukang urut yang terpaksa berdepan kemelut kerjanya yang bertentangan dengan nafsu jiwanya. Lelaki sejati macam apek ni! kuikuikui...Banyak isi-isi tersirat dalam ini filem Chukang selain daripada membongkar kisah semangat seorang jejaka serta nilai pengorbanan yang tidak terhingga.

Hmm so janganla salah faham dengan ini filem, apek sebelum tonton ini celita apek pun konfius jugak apa motif sebenar celita ni, tapi bila dah layan, macam-macam yang boleh kita ambil sebagai iktibar. jangan la pulak hanya menonton babak-babak panas saja ekekeke..bagi apek ternyata apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini banyak menyingkap mengenai realiti kehidupan yang sudah lama wujud ni negara kita ini, jangan terlalu berfikiran sempit, lu olang try la layan ini filem, tak lama hanya 15 minit saja. Selain tu ini filem pendek yang menelan kos RM10,000 juga bakal dipertandingkan untuk Festival Filem Malaysia akan datang. Tahniah, dan semoga berjaya untuk Shuhaimi!.






Part 1





Part 2

Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.