PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Sunday, May 9, 2010

Celita kegemalan Apek di TV3

19 comments


Ini hali apek mau kongsi celita kegemalan apek sama lu olang. wa apek tp wa suka layan drama melayu..hali wa mau kongsi drama kegemalan wa di TV3 untuk 6 bulan pertama ini talun....apek juga suka itu taun lepas punya iaitu Nur Kasih kekekeke....ok untuk talun ni ada bebelapa drama yg wa suka...antaranya Adamaya, Asmaradana, Aliff Firdaus (main dali talun lepas lagi) satu lgi drama taun lepas Nenek Kebaya. Apa pasai wa suka sangat ini celita??Rahsianya ada dibawah..selain dalipada itu,para perlakon seperti Lisa Surihani,Tiz Zaqyah, Irma Hasmie dan Diana Rafar memang menjadi kesukaan apek sejak dulu lg...kekekeke..lu olang buleh download drama dibawah, apek ada sediakan link.



Sinopsis Adamaya

"Ia mengisahkan Adam(Sien Ruffedge) dan Maya(Lisa Surihani) dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya." Apek memang minat sama  itu Lisa Surihani.;)

Lu olang boleh download Adamaya disini:
http://www.syok.org/portal/news.php">


Sinopsis Drama Asmaradana

"Mengisahkan tentang Rafeah ibu kepada Tengku Farouk (Mustapha Kamal) yang tidak bersetuju dengan pilihan Tengku Farouk, Narimah Muda (Memey) kerana Narimah adalah seorang perempuan kelab yang tidak mempunyai darah keturunan.

Narimah dipandang hina oleh ibu Tengku Farouk kerana tidak sama darjat dengan keluarga ini. Tetiba Narimah kahwin dengan adik kepada Tengku Farouk, iaitu Tengku Saiful. Rafeah telah mendapati Narimah telah mengandung dan kemudiannya Narimah bersama Tengku Saiful telah di halau daripada rumah tersebut a.k.a dibuang keluarga. Malang menimpa Narimah, Tengku Saiful telah meninggal dunia, jadi tinggal lah Narimah dengan anaknya(Tiz)." ini celita dia punya OST apek manyak suka.

download Asmaradana disini:


Sinopsis Nenek Kebaya

"Drama Nenek Kebaya mengisahkan tentang dendam kesumat Intan Sari kepada Raja Kembayat kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada tunangnya Indera Laksamana dan membutakan mata ibu angkatnya Mak Inang.

Untuk itu, dia telah mempelajari ilmu hitam. Dendam yang tak terbalas itu telah berlanjutan selama 7 keturunan apabila ilmu hitam itu telah diwariskan kepada Nenek Putih. Melalui cucunya Samsiah yang dikahwinkan dengan keturunan Raja Kembayat, Adam, Intan Sari ingin mencapai hasratnya untuk memusnahkan keluarga Adam.

Intan Sari telah menjelma rupa menjadi Samsiah, manakala Samsiah telah ditukarkan kepada rupa neneknya mengunakan kuasa sihir. Kini Dengan wajah Samsiah (dipanggil Nenek kebaya oleh cucu tirinya kerana sentiasa memakai kebaya) Intan Sari bebas untuk membalas dendam.

Namun hasratnya terhalang apabila dia tidak dapat menahan kepanasan setiap kali terdengar bacaan ayat suci Al Quran. Malah pemandu suaminya yang pandai agama juga dapat merasakan kehadiran kuasa syaitan itu."Ini celita tahun lepas punya tapi sampai sekalang apek masih tengok ulangannya.

 download Nenek Kebaya disini:
  http://www.masyuk.com/download/drama-melayu/nenek-kebaya ">

 

Sinopsis Aliff Firdaus

"Aliff Firdaus (Beego) mengisahkan dia mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi (NAsir Bilal Khan) melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina (Fadhilah Mansor) pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah).

Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira (Irma HAsmie), gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur." Apek suka itu Irma Hasmie dalam ini celita.;)

download Aliff Firdaus disini:



 

Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.