PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Saturday, May 29, 2010

Malaysia juga ke World Cup 2010

25 comments


Agaknya tak salahkan kalo apek cakap malaysia jugak layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan 11 Jun ni. Bukan apa...sebenarnya bukan pasukan kebangsaan kita tetapi seorang pengadil kita yang telah terpilih untuk menjadi pengadil perlawanan disana nanti. Tahniah kepada Subkhiddin Mohd Salleh kerana telah terpilih menjadi pengadil di Piala Dunia nanti. Beliau juga telah pengadil yang diiktiraf FIFA diperingkat antarabangsa pada tahun 2000 dan mencipta sejarah menjadi pengadil pertama di Malaysia yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia nanti.

Banggala jugakkan sekurang-kurangnya ada juga nama Malaysia disebut di kejohanan terulung tu. Apek lebih bangga sebab Subkhiddin(Cikgu Din) ni sebenarnya seorang cikgu yang mengajar di sekolah apek. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal sebagai guru Pendidikan Jasmani. Telingat apek masa dia mengajar Pendidikan Jasmani dikelas apek dulu hehehe. Walaupun jarang-jarang ada di kelas tetapi apek masih ingat ini Cikgu Din. Apapun tahniah kepada seorang yang bergelar guru kerana mampu menjadi pengadil di Piala Dunia nanti...hehehehe(^_^)

Tahniah Cikgu!

Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.