PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Monday, May 31, 2010

Drama Arjuna (Slot Aksi TV3)

34 comments


Buat semua pembaca ini hali apek mau share drama siri terbaru di Slot Aksi TV3 iaitu Arjuna yang bermula tanyangannya hari ini. Drama ini akan ke udara pada pukul 9.00 malam setiap isnin bagi menggantikan drama Jidin.  Apa yang best sangat tentang drama ni? Hehe..apa yang wat apek excited sangat sebab ini drama ada adegan alam fantasi ditambah dengan aksi lawan-lawan pedang dizaman pendekar dulu kala. Kuikuikui..sama macam permainan kesukaan apek iaitu Kesatria Poyos. Bak kata Darkbatman pulak aksi macam cerita Stormrider dan juga Chinese Paladin..best-best..yang pasti drama Arjuna ni dalam bahasa Melayu.

Mau cakap pasal drama cintan-cintan, pujuk memujuk saja bosan jugakkan. Bagus jugakla kalo sekali skala kita beralih arah ke drama aksi pula. Selain dari aksi dan juga kuasa mistik terselit juga babak-babak percintaan dalam ini ditambah pula drama ini diberi penekanan pada aspek persembahan kesan khas visual CGI yang mengagumkan. Satu lagi drama aksi ni diterbitkan oleh KRU Studios...mesti masyukkkk...hehe

Sinopsis drama Arjuna:


Drama bersiri Arjuna mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna (lakonan Remy Ishak) seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan. Arjuna mewarisi sebuah senjata sakti, Permata Wilis daripada ayahnya Adiputra sebelum dibunuh oleh dua musuh yang akan sentiasa mengekori iaitu Grakus dan Gempita. Dapatkah Arjuna mempertahankan apa yang diwarisinya?so sama-samala kita saksikannya.

Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.



Ok...malam ni jangan lupa tau pukul 9.00 di TV3...hehe cekedout...aiyaa...

Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.