PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Thursday, April 29, 2010

#3Katakan tidak untuk April Fool????

3 comments

Katakan tidak untuk April Fool????why say no to April Fool?kenapa??mengapa??mungkin ramai yang tidak tahu, sampai aku sendiri pun xtahu sehinggalah aku terbaca artikel mengenainya..artikel ni daripada Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM)..oleh kerana kita ni masih lagi dalam bulan April, so aku rasa masih sempat lagi untuk aku share benda ni ngan korang...

Tau x korang kaitan April Fool ngan tragedi penyembelihan umat Islam Sepanyol?????jeng...jeng..jengg....Ok..harini aku nak cita sket sal sejarah April Fool.......ape yg ditulis??jom kita baca....

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Selama 6 abad Islam di Sepanyol terus makmur dengan pengikut yang menjalani hidup secara islami. Selama itu juga kaum kafir yang masih disana terys berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Kemudian mereka menghantar perisik untuk mencari kelemahan umat Islam disana. Mereka berusaha untuk melemahkan iman orang Islam dengan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulalah mereka mengirimkan arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan agar anak-anak muda menghabiskan masa dengan menyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Akhirnya, usaha mereka berjaya.

Sepanyol telah jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah yang terakhir ditakluk. Tentera salib mengetahui bahawa banyak Musliim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu membuat pengumuman, bahawa para Muslim Granadda boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. "Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di perlabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!" demikian pujuk tentera Salib. Orang--orang Islam masih lagi curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan dipelabuhan untuk menyakinkan bahawa helah mereka benar. Mereka pun bersiap untuk berlayar setelah melihat kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya,  ribuan penduduk Muslim Granada telah keluar dari rumah mereka menuju ke pelabuhan bersama keperluan masing-masing. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya seterusnya membakar kawasan perumahan mereka. Ribuan umat Islam yang berada di perlabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakkan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa persaaan belas kasihan. jerit tangis dan takbir berbahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol dipelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tenggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April 1487 Masihi sebagai "The April Fool Day"

-dipetik dari artikel Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM)


hurm...sedihkan..sampai begitu kejam skali org-org kristian nih.....hope pasni rakan-rakan kita kat luar sana xsambut April Fool lg hehehe..;)

Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.