PERINGATAN!!!
~Starwalk~
Wednesday, June 23, 2010
Monday, June 21, 2010
Team pertama terkeluar dari Piala Dunia 2010
Posted by ApekxHensem™ at 12:10 AM 11 comments

Setelah tertewas 2-1 kepada Denmark pada perlawanan kedua peringkat pertama, Cameroon tidak bernasib baik kerana tidak layak ke pusingan kedua sekali gus menjadi negara yang pertama terkeluar dari saingan Piala Dunia kali ni.
Brazil pula dijangka akan menjadi negara kedua yang layak ke pusingan ke-2 selepas Belanda jika mereka berjaya menewaskan Ivory Coast pagi ini.
Labels: brazil, Cameroon, Jadual Piala Dunia 2010
Sunday, June 20, 2010
Mencuci Kemaluan Dengan Betul
Posted by ApekxHensem™ at 12:48 AM 15 comments

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.
Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga
Labels: cuci kemaluan, kesihatan
Thursday, June 17, 2010
Kedukaan terubat
Posted by ApekxHensem™ at 10:19 PM 19 comments

Time balik kija rasa seronok laen macam, apek merempit pun menjadi kalah Apit berpuluh-puluh keta apek menyelit kuikuikui, kalo hari biasa rasa mcm serba tak kena saja nampak sangat benda yang ditunggu-tunggu tu semakin hampir ekekeke.
Dah sampai rumah parking moto tempat biasa. Masuk-masuk bukak baju terus pigi mandi, mak apek tengok pun dah geleng kepala, bukan apa mungkin pelik sebab tak penah tengok anak terunanya balik-balik kerja terus ke bilik mandi.
Bila dah wangi terus parking depan tv kuikuikui masa yang ditunggu hampir tiba, semakin hampir semakin lambat pulak, kadang-kadang terasa macam tunggu mau buka puasa saja kekeke. Cukup time bola pun mula akhirnya perlawanan yang ditunggu telah pun bermula...Argentina vs Korea Selatan, game tak berapa cantik apa-apa pun apek begitu happy sebab my dream team menang 4-1...apek tulis panjang-panjang pun sebab mau bagitau ini celita saja..kuikuikui talak awek pun hepi maa....
Labels: argentina, happy, korea selatan, rempit
Sunday, June 13, 2010
Gundah gulana
Posted by ApekxHensem™ at 11:09 PM 36 comments

3-4 hari ni lasa macam tak sedap hati. Buat kerja serba tak kena, mau sarapan pagi pun tak lalu. Hilang tumpuan pun ada. Penyakit apa yang dah menyerang apek ni, nak kata terlepas 1st game world cup tak pulak kot...mengeluh panjang apek dibuatnya.....
Pikir punya pikir patutla pun baru apek pasan rupa-rupanya amoi yang apek usha pagi-pagi sebelum pegi keja tak ada. Dah 2-3 hari tak nampak biasanya setiap pagi sebelum apek pigi keja itu amoi akan duduk didepan rumah menunggu bas sekolah. Dapat tengok senyumannya setiap pagi pun dah cukup memberi 'energy' kepada apek untuk bekerja selama 8 jam ekeke.
Sikalangkan cuti sekolah memangla tak nampak rupa. Rumah pun kosong, agaknya ini amoi pergi bercuti ke langkawi kot.
Apek pun mau bercuti jugak tapi bukan di pulau.....di tengah lautan.......huuuuu.....nak tenangkan hati....nanti proceed ekekeke;)
Thursday, June 10, 2010
Jadual Piala Dunia 2010 [download]
Posted by ApekxHensem™ at 12:06 AM 13 comments
lu olang boleh download kat sini
DONWLOAD!
Wednesday, June 9, 2010
Israel Inside (israel dalam pc kita)
Posted by ApekxHensem™ at 12:08 AM 21 comments
Dunia tengah kecoh-kecoh pasal itu islael talak guna yang semakin menjadi-jadi dengan menyerang kapal misi pasukan bantuan antarabangsa. Siapa yang talak terbakarkan dengar itu cerita. Sini apek tak mau cakap pasal itu serangan sebab dah ramai kawan-kawan kita share itu celita.
Apek mau share something yang apek baru tau, ape tak sure lu olang sudah tau ka belum. Sebenarnya ada logo bendera Israel dalam kita punya pc. Apek pun tak sangka tapi bila dah check ada pulak itu logo tak guna. Boikot punya boikot lupa-lupanya ada pulak lambang Israel dalam apek punya lappy. Sekarang apek dah pun buang itu lambang...jom-jom suma mali kita buang.
check kat sini...banyak gila...
Labels: Boikot Israel, Israel dalam komputer, Israel Inside
Tuesday, June 8, 2010
Jenama di World Cup
Posted by ApekxHensem™ at 12:03 AM 15 comments
World Cup semakin dekat hehe xsabar pulak apek nak tunggu ekekeke..Bila berborak pasal World Cup ni apek tertarik dengan tajuk berita diakhbar baru-baru ini iaitu 'perang jenama'. Saingan bola bukan sahaja diatas padang tapi melibatkan jenama-jenama terbesar yang menjual barangan sukan semasa Piala Dunia. Jenama yang yang paling popular di Piala Dunia sudah tentulah Adidas dan dua pesaing utamanya, Nike dan Puma. Ketiga-tiga jenama ni akan memeriahkan lagi kempen Piala Dunia nanti.
Apek ada sediakan sedikit tentang info ringkas ketiga-tiga jenama ini.
Adidas
Adidas merupakan pengeluar barang sukan dari negara Jerman. Ditubuhkan pada 1924 oleh Adolf Dassler. Produk-produknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain. Adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Nike. Negara yang menggunakan jenama Adidas di Piala Dunia Argentina, Mexico, Sepanyol, Denmark, Perancis, Jerman, Greece, Japan, Nigeria, Paraguay, Slovakia,
Nike
Nike, Inc. ialah syarikat yang menghasilkan kasut, pakaian dan alat-alat sukan serta aksesori dari Amerika Syarikat yang merupakan salah satu syarikat sukan yang terbesar di dunia. Diasaskan oleh William J. "Bill" Bowerman dan Philip H. Knight pada tahun 1972. Nike juga bergabung dengan Syarikat Umbro. Negara yang menggunakan jenama Nike di Piala Dunia Australia, Brazil, England, Korea Selatan, Belanda, New Zealand, Portugal, Serbia, Slovenia, Amerika Syarikat.
Puma
Diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1948, sejak meninggalkan abangnya Adi (Adolf Dassler) di Adidas. Syarikat yang terletak di barat Jerman ini menghasilkan barangan sukan seperti kasut, pakaian. Puma juga menjadi jenama utama yang menaja pasukan tuan rumah di Piala Dunia. Negara yang menggunakan jenama Puma di Piala Dunia Cameroon, Ivory Coast, Itali, Afrika Selatan, Switzerland, Uruguay, Algeria
Labels: Adidas, Nike, Puma, World Cup 2010
Saturday, June 5, 2010
imesra.com
Posted by ApekxHensem™ at 12:17 AM 41 comments
Apek tamau cakap manyak..kalo lu olang mau tengok lukisan-lukisan dia..lu olang boleh terjah ini website imesra.com
Labels: imesra.com, Lisa Surihani
Friday, June 4, 2010
Mad Sempit
Posted by ApekxHensem™ at 12:13 AM 17 comments
Jangan kata skil saja hebat kalo bab berhujah lagila, ini olang sembang memang talak penah jatuh punya. Bila bukak topik pasal motor, ini Apit memang boleh skor A apek ingat kalo ada subjek motor kat ipta 4 flats dia sapu. Kalo sembang pasal enjin habis segala teori dan pengilaan diulasnya memang powerla sampai Ah Kiat tokey kedai motor pun terdiam.
Kalo bab pakaian Apitlah yang up-to-date. Apek tengok serba-serbi, dari atas sampai bawah suma mau branded. Anak olang senang tak jugak, apek lasa sebab dia ada wat bisnes jual spare part moto kot. Dah pandai dalam bisnes ada rupa pulak tu memang jadi pujaanla minah-minah kat kampung ekekeke..Setakat mak budak tak sekolah lagila senang dapat, wekang itu motor petik ayat-ayat cinta petang tu jugak Apit bawa menarik.
Apit berbadan kecil dan kurus memang sesuaila kalo masuk itu Cup Prix, tambah pulak setiap minggu Apit slalu layan corner sampai berapi. Ramai jugakla olang termasuk apek rekemen pegi masuk itu Cup Prix tapi penah ditolaknya mentah-mentah sebab alasan kukuhnya yang tidak mahu meninggalkan peminat setianya dikampung. Katanya dia lebih suka duduk dikampung. Bila disuruh bekerja sama Ah kiat itu olang tak mau pulak katanya lebih seronokl melepak sama sekutunya dikampung berbanding sama tokei kedai tu.......
.aiyaa..mcm ini punya olang pun ada ka?ingatkan mat lempit macam ni sudah tak wujud..
Labels: bohsia, cup prix, Mat Rempit, Minah Rempit
Wednesday, June 2, 2010
Thanks untuk awards dan tag
Posted by ApekxHensem™ at 10:47 PM 4 comments
Kalo tak buat tag dan amik award ni lasa macam serba-salah pulak dekat olang yang bagi ni..wat kija tak senang, makan tak kenyang, semayang pun macam tak kusyuk ekekeke;P..Solila lambat amik...apek sibuk sangat dengan kija...sampai entli pun tak sempat nak buat.
Thanks for Krole, Cik Cepet , ChekguAlong, Mawaddah, Butterflies-lover dan ada lagi apek tak ingat lasanya...yang penah bagi tu tinggalkan komen kat sini..
Dari Mawaddah Mawaddah
Dari Mawaddah dan ChekguAlong

Dari Mawaddah Mawaddah dan Aku Chumel

Dari Mawaddah Mawaddah

Tag dari Krole dan Butterflies-Lover
i) 10 fakta tentang saya (nampak mcm senang tapi susah mau jawab)
- berotak untuk berfikir
- berpakaian
- boleh makan
- boleh dengar
- boleh cakap
- boleh tido
- boleh jalan dan berlari
- boleh ketawa
- boleh menangis
- last skali of kos la apek laki ekekeke.....manyak lagi ni tapi mau 10 saja hehehe
ii) 10 perkara menakutkan saya
- wat silap
- seksaan kubur
- telsesat dipadang pasir
- teljun bangunan
- potong tgn sendili
- buat benda yang menyakitkn diri
- nek motor dengan mat lempit
- di tengah lautan solang2
- pelempuan
- bos pa
iii) 10 perkara yang selalu aku sebut
- monink...
- hai..
- uit..
- weh...
- betui ka??
- pssttt...
- thanks..
- okei...
- hurmm
- yesss..!.
iv) 10 perkara yang amat bernilai bagi saya
= Agama
- Mak
- Abah
- Abang
- Adik
- Adik lagi solang
- Dili sendili
- bila olang tolong apek.
- ic
- lesen
- Atm kad
v) 10“pertama kali” dalam hidup saya
- pertama kali dapat tag macam ni
- pertama kali dapat soalan macam ni
- pertama kali jawab soalan mcm ni
- pertama kali jawab tag berjam-jam
- pertama kali diberi tag oleh lelaki (krole)
- pertama kali pening jawab tag
- pertama kali makan nasi tak habis
- pertama kali tak topup sebulan
- pertama kali apek menipu sebab nk jawab soklan ni
- pertama kali ku memandang wajah si dia...ekekeke
vi) 7 kawan yang yang kena tag ini,.
- Apek tag semua yang baca ni...
Tag dari Cik Cepet
Monday, May 31, 2010
Drama Arjuna (Slot Aksi TV3)
Posted by ApekxHensem™ at 12:03 AM 34 comments
Buat semua pembaca ini hali apek mau share drama siri terbaru di Slot Aksi TV3 iaitu Arjuna yang bermula tanyangannya hari ini. Drama ini akan ke udara pada pukul 9.00 malam setiap isnin bagi menggantikan drama Jidin. Apa yang best sangat tentang drama ni? Hehe..apa yang wat apek excited sangat sebab ini drama ada adegan alam fantasi ditambah dengan aksi lawan-lawan pedang dizaman pendekar dulu kala. Kuikuikui..sama macam permainan kesukaan apek iaitu Kesatria Poyos. Bak kata Darkbatman pulak aksi macam cerita Stormrider dan juga Chinese Paladin..best-best..yang pasti drama Arjuna ni dalam bahasa Melayu.
Mau cakap pasal drama cintan-cintan, pujuk memujuk saja bosan jugakkan. Bagus jugakla kalo sekali skala kita beralih arah ke drama aksi pula. Selain dari aksi dan juga kuasa mistik terselit juga babak-babak percintaan dalam ini ditambah pula drama ini diberi penekanan pada aspek persembahan kesan khas visual CGI yang mengagumkan. Satu lagi drama aksi ni diterbitkan oleh KRU Studios...mesti masyukkkk...hehe
Sinopsis drama Arjuna:
Drama bersiri Arjuna mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna (lakonan Remy Ishak) seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan. Arjuna mewarisi sebuah senjata sakti, Permata Wilis daripada ayahnya Adiputra sebelum dibunuh oleh dua musuh yang akan sentiasa mengekori iaitu Grakus dan Gempita. Dapatkah Arjuna mempertahankan apa yang diwarisinya?so sama-samala kita saksikannya.
Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.
Ok...malam ni jangan lupa tau pukul 9.00 di TV3...hehe cekedout...aiyaa...
Labels: Arjuna, Remy Ishak, Slot Aksi TV3
Saturday, May 29, 2010
Malaysia juga ke World Cup 2010
Posted by ApekxHensem™ at 2:06 AM 25 comments
Banggala jugakkan sekurang-kurangnya ada juga nama Malaysia disebut di kejohanan terulung tu. Apek lebih bangga sebab Subkhiddin(Cikgu Din) ni sebenarnya seorang cikgu yang mengajar di sekolah apek. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal sebagai guru Pendidikan Jasmani. Telingat apek masa dia mengajar Pendidikan Jasmani dikelas apek dulu hehehe. Walaupun jarang-jarang ada di kelas tetapi apek masih ingat ini Cikgu Din. Apapun tahniah kepada seorang yang bergelar guru kerana mampu menjadi pengadil di Piala Dunia nanti...hehehehe(^_^)
Labels: afrika selatan, Malaysia, pengadil malaysia, subkhiddin salleh, world cup
Thursday, May 27, 2010
Chukang...filem untuk gay?rumah urut?
Posted by ApekxHensem™ at 12:13 AM 26 comments
Lu olang tau itu filem pendek yang bertajuk Chukang?kalo u olang da terbaca sulat khabar baru-baru ini mesti tau itu filem pendek. Filem ni mempunyai elemen-elemen seks membabitkan hubungan antara lelaki dengan lelaki serta disulam dengan emosi dan drama menjadi tunjuang kepada filem pendek ini. Apek cuma konfius adakah filem ini hanya untuk golongan gay ataupun umum. Dan juga apakah tujuan sebenar filem ini dibuat, adakah untuk mencetuskan kontroversi ataupun ingin mencali glamour saja?. Ini adalah sebuah lagi filem pendek pondan selepas filem Comolot dan juga Bukak Api. (best jugak filem yang sebelom ni)
Filem pendek terbitan syarikat Seamen Production Sdn Bhd arahan Shuhaimi Lua Abdullah mengisahkan seorang pemuda yang bernama Azlan (lakonan peserta program realiti Mystar LG, Azam Pit) dari Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki untuk dirinya dan juga membantu keluarga dikampung.
Namun atas kesempitan wang dan terdesak mencari pekerjaan, Azam terjebak dalam kancah 'rumah urut' yang mana dia telah ditawarkan bekerja sebagai tukang urut.
Selain itu wujud pula Jeff lakonan pelakon muda, Amran Ismail yang menggalas karakter antagonis serta Ifa Raziah sebagai Kamila dan Roslan Shah untuk menghidupkan watak mak ayam. Wahh ini celita memang mengisahkan tentang rumah urut ekekeke tetapi bezanya rumah urut ni tukang urutnya bukanla awek-awek seksi or amoi-amoi gebu tetapi hanyalah seorang lelaki yang nalurinya normal seperti lelaki lain di dunia ini.
Kalo u olang nak tau sebenarnya filem pendek ini menyingkap kisah benar seorang tukang urut yang terpaksa berdepan kemelut kerjanya yang bertentangan dengan nafsu jiwanya. Lelaki sejati macam apek ni! kuikuikui...Banyak isi-isi tersirat dalam ini filem Chukang selain daripada membongkar kisah semangat seorang jejaka serta nilai pengorbanan yang tidak terhingga.
Hmm so janganla salah faham dengan ini filem, apek sebelum tonton ini celita apek pun konfius jugak apa motif sebenar celita ni, tapi bila dah layan, macam-macam yang boleh kita ambil sebagai iktibar. jangan la pulak hanya menonton babak-babak panas saja ekekeke..bagi apek ternyata apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini banyak menyingkap mengenai realiti kehidupan yang sudah lama wujud ni negara kita ini, jangan terlalu berfikiran sempit, lu olang try la layan ini filem, tak lama hanya 15 minit saja. Selain tu ini filem pendek yang menelan kos RM10,000 juga bakal dipertandingkan untuk Festival Filem Malaysia akan datang. Tahniah, dan semoga berjaya untuk Shuhaimi!.
Labels: amoi gebu, awek seksi, bukak api, chukang, comolot, lelaki bogel, lelaki gay, lesbian, perempuan bogel, seks
Tuesday, May 25, 2010
Shoutmix kena banned? apek ada penyelesaiannya
Posted by ApekxHensem™ at 10:18 AM 20 comments
Wa kena banned! Lu olang pelasan x apek punya shoutmix chat dah bertukar jadi Cbox?kekeke..lu olang tau kenapa?semalam En Otomen88 pun ada tanya apek kenapa apek punya URL sudah kena banned sama shoutmix. Bila dah kena banned apek tak bolehla nak chat kat blog sendiri ataupun blogwalking kat mana-mana blog atau domain yang pakai Shoutmix macam apek…hurm..kalo kena mesti lu olang mesti tensionkan? Apek dah kena banned 5 jam pun sudah tak tentu arah hahaha…
Kalo sesapa yang dah try dan ada effect tolong rojer apek oke....Thanks kawan!
Labels: Cbox, kena banned, shoutbox, shoutmix, tips, URL pendek
Sunday, May 23, 2010
Apek di Final Liga Juara-Juara Eropah
Posted by ApekxHensem™ at 4:43 AM 25 comments
Bagi yang minat bola macam apek tentu tau bukan ini hali punya game final Liga Juara-Juara Eropah iaitu perlawanan antara Inter Milan lawan Bayern Munich, kedua-dua pasukan akan beraksi di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol. Seminggu sebelum perlawanan apek telima panggilan dalipada kawan baek apek si hensem Salil dan si badan sasa Ucop, u olang tau tak itu dua olang call apek sebab mau ajak apek pergi menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung di Madrid itu!!! wahhh...sebenarnya apek pun ada terpikir mau ajak kawan tak sangka pulak ini dua olang sudah wat kejutan sama apek..kekeke..apa yang penting kitaolang berangkat awal-awal sebab takut tak ada tempat.
Oke dipendekkan celita..setibanya apek disana, suasana begitu meriah, apek dapati begitu ramai olang yg datang menyaksikan perlawanan tersebut, yang kat dalam Stadium Santiago lagila ramai olang. Kat sini apek mau cali kelusi pun susah, ada jugak yang sanggup berdiri di bahagian belakang..hmm ramai bukan?. Memang best ramai-ramai tambahan pula dapat menyaksikan itu star bole sepak Samuel Eto sama Arjen Robben beraksi secara live!
Game memang menarik, apabila kedua-dua pasukan membuat cubaan ataupun menjaringkan gol, kebingitan jeritan dan tepukan penonton memang kuat. Sampai si Salil dan Ucop pun begitu kusyuk menyaksikan perlawanan tersebut sehingga permainan tamat, satu pengalaman yang manis bagi diri apek sebab dapat menyaksikan perlawanan akhir liga juara-juara walaupun pasukan yang apek sokong tumpas kepada Inter Milan 2-0. Tahniah Jose Mourinho.
Game dah habis apa-apa pun apek n geng memang enjoy sambil borak-borak pasal bola sebelum pulang tiba-tiba.........Papppppppppp!!! kedengaran seperti tangan mengetuk meja.
"machaa, game sudah abiss, roti, milo sama teh tarik dua semua RM3.50. bayar sekarang la..kaunter sudah jem" kata mapley kedai mamak sambil meletakkan resit diatas meja makan kita olang.
adehhh....jgn marah tau...ngantok tengok bola apek mau balik tido...kuikuikui Enjoy!!! ;P
Labels: Arjen Robben, bola, Eto, kedai, layan, mamak, UEFA Champion
Friday, May 21, 2010
Apek suka pisang
Posted by ApekxHensem™ at 2:17 AM 46 comments
Si Salil dengan hensemnya memperbetulkan koler baju dan terus menjawab kepada apek. "laa..ang tak tau ka khasiat pisang tu??" sini aku nak terang kat sket" sambil menyedut air yang digenggamannya."Sini aku kelaskan khasiat2 pisang dekat ang, antaranya ialah"
- Pisang ada 3 jenis gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang mampu memberi tenaga kepada kita dgn segera!.
- Kajian yg dibuat bahawa 2 biji pisang memberi ckup tenaga senaman selama 90 minit.! wahhh...mai ya maa...
- Kajian juga mendapati pesakit-pesakit tekanan jiwa kembali pulih selepas makan pisang!.
- Lupakan pil hospital, vitamin B6 yg terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah dan mampu kembalikan mud anda.
- Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dgn menjadikan pelajar2 lebih cekap.
- Pisang juga boleh mengelakkan dari demam pagi.
- Kulit pisang mampu menghilangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan menyapu pd bahagian yg gatal.
- Vitamin B6, B12, potassium dan magnisium dapat membantu perokok yg ingin berhenti merokok.
- Anda juga boleh diet dengan makan pisang kerana ia mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.
- Pisang juga mampu melancarkan sistem pencernaan kita..wahh senang mau buang!.
Labels: andy murray, australian open, awek, Ila Mentor, pisang, pisang mantap, rafael nadal, roger federer, shahir AF8, skodeng
Wednesday, May 19, 2010
Tempat pelik Apek nak lawat tak pun honeymoon
Posted by ApekxHensem™ at 9:30 AM 54 comments
Ini hali apek mau bagitau kpd blogger tempat-tempat kediaman pelik yg apek telingin mau pigi..apek lasa ini punya tempat mau wat honeymoon pun ok wat...kekeke...memang agak romantik dimata apek..tp bagi brader2 or amoi2 kat luar tu apek talak tau,sesetengah olang mesti kata pelik tapi bagi apek ini adalah tempat yang unik harus apek pigi...mali2 apek mau tunjuk pada lu olang......

Earth House (Switzerland)
~Juga dikenali sebagai Earth Sheltered Home (lumah perlindungan bumi) terdapat di Switzerland. Kediaman ini dileka (direka) oleh Peter Vetsch untuk tujuan mengekalkan alam sekitar. Dinding punya kediaman diperbuat dalipada tanah yang menggunakan rekaan organik sekaligus dapat melindungi penghuni dalipada tanah luntuh,angin dan ribut. Kalo lu olang penah tengok The Lord of The Ring lu olang tau ini kediaman.

Shell House (Mexico).
~Shell House (Rumah Kulit Kerang) dibina oleh Senosiain Arquitectos (ini apa punya nama) untuk pasangan di Mexico sebagai merelisasikan impian dan lambang kasih sayang dalam sesuatu hubungan meleka(mereka). Diperbuat dalipada rangka keluli dan konkrit ini kelihatan seperti seekor siput yang mempunyai sebuah taman didalamnya. Bahagian dapur dileka dengan bentuk lidah yang kelihatan seperti hidup di dinding manakala ruang tamunya mempunyai sebuah sofa yang berupa seekor ampai-ampai.

Toda Hut (India)
~Dikenali sebagai Pondok Toda di Nilgiris, India belbentuk bujur telur dan mempunyai pintu yang kecil dibahagian hadapan. Ini kediaman diduduki oleh kaum Toda boleh didapati diperkampungan kecil dipanggil ‘munds’.

Bubble House (France)
~Ini kediaman macam tele tubies(siri kartun untuk budak berusia 4 tahun). Tapi bukan sebenarnya, kediaman ini telah dicipta oleh Antti Lovag, kediaman ini telah pun berusia lebih kulang 4o tahun dan terletak di Perancis. Kediaman ini juga terletak dikawasan dengan berpandangan Laut Mediterranean. Persekitarannya dihiasai oleh air terjun mini dan juga pokok Palma. Terdapat tiga buah kediaman ini dan salah satunya dicipta untuk Pierre Cardin.
Labels: Bubble House, Earth House, Shell House, Toda Hut
Monday, May 17, 2010
Cara nak pasang Facebook Button Like It di Blog dan Wordpress
Posted by ApekxHensem™ at 9:38 AM 25 comments
Kali ni apek nak sembang sal HTML pulak. Apek ni talak la pandai sangat pasal edit-edit HTML ni tapi apek mau share dengan blogger blog tentang cara-cara nak pasang 'Facebook Like Button' kat blog atau wordpress lu olang. Lu olang tau tak apa itu 'Facebook Like Button'? ok...button tu kalo dekat Facebook fungsinya adalah untuk berkongsi content yang disukai dengan rakan-rakan lain di Facebook. Lu olang yang ada itu Facebook mesti tau kan. Untuk blog dan wordpress pulak funsgsi button ni adalah untuk berkongsi artikel-artikel menalik(menarik) dengan rakan-rakan di Facebook lu olang. Emm pahamkan?ok sikalang apek nk tunjuk cara-cara nak pasang button ni.......
Cara mau Pasang Button Facebook Like di Wordpress:
- Lu olang masuk ke Dashboard > Layout> Edit HTML. (jangan lupa save template lu olang dulu sebagai backup,takut jugak ada benda yang tak diingini berlaku)
- Then tick pada butang 'Expand Widget Templates'.
- Cari code <data:post.body/> dengan menggunakan (Ctrl+F).
- Paste code dibawah (Facebook Like) selepas code <data:post.body/>
Labels: Anarm.net, blogspot, button, Facebook Like It, wordpress
Saturday, May 15, 2010
Siapa Ashaari Muhammad??
Posted by ApekxHensem™ at 12:05 PM 25 comments
Suma kawan2 apek yg dihormati hehe..ini hali apek nk kita lupakan sekejap tentang kesedihan Piala Thomas tak pun tentang slot Akasia yang popular iaitu Adamaya. Ini hali apek mau cakap tentang Ashaari Muhammad. hmm...siapa Ashaari Muhammad???popularkah beliau?? aiiyaa...bukan itu Ben Ashaari okee..itu blogger popular punya..kuikuikui...
Untuk pengetahuan semua baru-baru ni negara kita dikejutkan dengan kematian Ashaari Muhammad. (sapa dia apek?)oke2...Ashaari Muhammad, 73, adalah seorang pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang pernah diharamkan 16 tahun yang lalu di Malaysia, beliau yang mengidap jangkitan paru-paru telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center, pada 13 mei 2.10 ptg baru-baru ini. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan. Sumber di dapati kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.
Pergerakan Al-Arqam?? lu olang tau ka apa itu? kenapa apek mau kongsi ini celita??Ok..bagi pembaca yang mau tau serba sedikit tentang perjalanan hidup Ashaari Muhammad dan pergerakan Al-Arqam boleh la tengok kat bawah sini.
- Asaari Muhammad dilahirkan pada 1937 di Kampung Pilin, Rembau ,negeri Sembilan.Beliau lebih dipelihara oleh bapa saudaranya yang tidak mempunyai anak.
- 1956 menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sungai Udang, Teluk Pulai , Kelang , Selangor.
- Abuya Asaari Muhamad pernah belajar dengan kitab-kitab seperti Hayatul Islam, Al Alqaid Al Durriyah , Ukbudi Ummu Al Barahin, Aqidah al Najin , Nasafi dan Risalah Tauhid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Beliau memimpin Darul Arqam selama 26 tahun (dari 1968 hingga 1994).
- Selepas berpisah dengan isteri pertama pada 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.
- Mesra dikenali sebagai “Abuya” beliau pernah berkahwin lima kali dan mempunyai 34 anak.
- Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.
- Ekoran pengharaman pertubuhan itu, Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
- Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Okt 2004.
- Kerajaan telah mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.
- Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
- Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.
- Laporan-laporan terdahulu menyebut ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah unggul.
- Kumpulan ini juga ada menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
- Pengakuan Ashaari tentang penglibatan dalam penyebaran agama Islam dan kegiatan-kegiatan lain pada 1994 dibuat secara langsung menerusi televisyen.
- Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli pada 1968, keanggotaannya kemudian bertambah kepada sekitar 5,000 hingga 6,000 orang, malah ada laporan yang menyebut ia pernah mencecah 10,000 orang.
- Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, Al-Arqam pernah menerima 6,000 pengikut fanatik dan 15,000 orang yang bersimpati.
- Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat di sini tetapi operasinya berpindah ke Sungai Pencala dua tahun kemudian.
- Perkembangan pergerakan itu menjadi perhatian apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesan adanya penyelewengan akidah dalam organisasi itu.
- Tindakan ke atas Al-Arqam dikatakan bermula apabila kerajaan mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986.
- Walaupun pergerakan itu sudah tidak wujud tetapi kegiatan ekonominya berkembang dengan kewujudan Kumpulan Rufaqa.
- Beliau telah meninggal dunia pada 13 mei 2010 pukul 2.10 ptg di Ipoh Specialist Center atas jangkitan paru-paru.
Labels: Al Arqam, Ashaari Muhammd, Ben Ashaari, Rufaqa








