PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Saturday, May 15, 2010

Siapa Ashaari Muhammad??



Suma kawan2 apek yg dihormati hehe..ini hali apek nk kita lupakan sekejap tentang kesedihan Piala Thomas tak pun tentang slot Akasia yang popular iaitu Adamaya. Ini hali apek mau cakap tentang Ashaari Muhammad. hmm...siapa Ashaari Muhammad???popularkah beliau?? aiiyaa...bukan itu Ben Ashaari okee..itu blogger popular punya..kuikuikui...

Untuk pengetahuan semua baru-baru ni negara kita dikejutkan dengan kematian Ashaari Muhammad. (sapa dia apek?)oke2...Ashaari Muhammad, 73, adalah seorang pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang pernah diharamkan 16 tahun yang lalu di Malaysia, beliau yang mengidap jangkitan paru-paru telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center, pada 13 mei 2.10 ptg baru-baru ini. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan. Sumber di dapati kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Pergerakan Al-Arqam?? lu olang tau ka apa itu? kenapa apek mau kongsi ini celita??Ok..bagi pembaca yang mau tau serba sedikit tentang perjalanan hidup Ashaari Muhammad dan pergerakan Al-Arqam boleh la tengok kat bawah sini.
  1. Asaari Muhammad dilahirkan pada 1937 di Kampung Pilin, Rembau ,negeri Sembilan.Beliau lebih dipelihara oleh bapa saudaranya yang tidak mempunyai anak.
  2. 1956 menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sungai UdangTeluk Pulai , Kelang , Selangor.
  3. Abuya Asaari Muhamad pernah belajar dengan kitab-kitab seperti Hayatul IslamAl Alqaid Al Durriyah , Ukbudi Ummu Al BarahinAqidah al Najin , Nasafi dan Risalah Tauhid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Beliau memimpin Darul Arqam selama 26 tahun (dari 1968 hingga 1994).
  4. Selepas berpisah dengan isteri pertama pada 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.
  5. Mesra dikenali sebagai “Abuya” beliau pernah berkahwin lima kali dan mempunyai 34 anak.
  6. Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.
  7. Ekoran pengharaman pertubuhan itu, Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  8. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Okt 2004.
  9. Kerajaan telah mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.
  10. Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
  11. Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.
  12. Laporan-laporan terdahulu menyebut ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah unggul.
  13. Kumpulan ini juga ada menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
  14. Pengakuan Ashaari tentang penglibatan dalam penyebaran agama Islam dan kegiatan-kegiatan lain pada 1994 dibuat secara langsung menerusi televisyen.
  15. Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli pada 1968, keanggotaannya kemudian bertambah kepada sekitar 5,000 hingga 6,000 orang, malah ada laporan yang menyebut ia pernah mencecah 10,000 orang.
  16. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, Al-Arqam pernah menerima 6,000 pengikut fanatik dan 15,000 orang yang bersimpati.
  17. Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat di sini tetapi operasinya berpindah ke Sungai Pencala dua tahun kemudian.
  18. Perkembangan pergerakan itu menjadi perhatian apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesan adanya penyelewengan akidah dalam organisasi itu.
  19. Tindakan ke atas Al-Arqam dikatakan bermula apabila kerajaan mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986.
  20. Walaupun pergerakan itu sudah tidak wujud tetapi kegiatan ekonominya berkembang dengan kewujudan Kumpulan Rufaqa.
  21. Beliau telah meninggal dunia pada 13 mei 2010 pukul 2.10 ptg di Ipoh Specialist Center atas jangkitan paru-paru.

25 comments:

Keyyah said...

dulu2 penah jugak dgr cerita pasal al-arqam ni...xsangka dia begitu glamour sampai masuk tv lg ha..

Balqish said...

al-arqm ni aktif sekitar Tiram, Johor.
terkenal jugalah sampai tempat saya.

ApekxHensem™ said...

sure tercatit dalam sejarah kan..;)

Nur Hawa Mohd Zin said...

dulu awe sek agama...tntg ni mmg bnyk lah dgr, sane sini org cakap pasal Al Arqam..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

ApekxHensem™ said...

amin...

Unknown said...

arqam pernah hebat.yang tak terjangkau dek akal.wow.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

al-fatihah.

ApekxHensem™ said...

al-fatihah

Unknown said...

al fatihah buat arwah.

ILA HonEyBuNNy said...

AL-fatihah....

Syaza Kelyza said...

Al-fatihah ,

Mia Liana said...

Takziah...dan al-fatihah...

nisa j ramli said...

info yang sangat bagus!
like this! =)
apa apa pun, al fatihah buat abuya ashaari.

ApekxHensem™ said...

tq

NiZaM Limited said...

abuya dah meninggal?
adess..tu la akibatnya jarang tgk tv, bace paper dah skrg. tu pon tak tau. seb baik ade blog apek ni. thanks apek for this info...

NurSya said...

innalillah..al-fatihah buat arwah..


btw, very gud info apek..:)

Nurulbadiah Lai said...

dulu time kes2 psl al arqam ni tgah dlm hot..selalu gak ikuti perkembangan..
apapun..alfatihah utk arwah...

Vanilla Popsicle said...

al-fatihah.

dulu aku tadika al-arqam tuh.
zaman al-arqam ni kena banned, aku tak pergi sekolah. akhirnya aku tadika sampai umur 5 tahun je.

:D

ApekxHensem™ said...

yeke amoi??hehehe

Ullyanazaidy said...

alfatihah..
huhu..dulu tym tadika kat ipoh..tadika al-arqam..abuya pnye..huhu

aizatshafiq said...

al fatihah buat arwah...

arwah pernah kawin 5 kali dan ade 34 anak?...

=)

Anonymous said...

share link camne apek?

ApekxHensem™ said...

share link?

Cik Bayan said...

owh....abuya..penah jadi gempar mase cik bayan kecik2 dulu...muke abuya kuar kat bulan..sangat ajaib...hampir tiap2 malam(mase bulan penuh)ada jee orang tunggu muke abuya kuar kat bulan tuh..dan ada saksi yg nampak...

ApekxHensem™ said...

wah mcm2 cite sal abuya ye..

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

.
Powered by Blogger.