PERINGATAN!!!
~Starwalk~
Monday, June 28, 2010
Sunday, June 27, 2010
Serius Apek terpesona!
Posted by ApekxHensem™ at 1:59 AM 18 comments

Labels: Lisa Surihani pakai tudung
Saturday, June 26, 2010
World Cup 2010 Stage 2: Round of 16
Posted by ApekxHensem™ at 6:30 AM 1 comments
Kesemua perlawanan ke-3 dalam kumpulan telah pun tamat pagi ini. Apek ada sediakan negara-negara yang telah layak ke peringkat seterusnya.
Labels: round of 16 world cup 2010
Thursday, June 24, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Monday, June 21, 2010
Team pertama terkeluar dari Piala Dunia 2010
Posted by ApekxHensem™ at 12:10 AM 11 comments

Setelah tertewas 2-1 kepada Denmark pada perlawanan kedua peringkat pertama, Cameroon tidak bernasib baik kerana tidak layak ke pusingan kedua sekali gus menjadi negara yang pertama terkeluar dari saingan Piala Dunia kali ni.
Brazil pula dijangka akan menjadi negara kedua yang layak ke pusingan ke-2 selepas Belanda jika mereka berjaya menewaskan Ivory Coast pagi ini.
Labels: brazil, Cameroon, Jadual Piala Dunia 2010
Sunday, June 20, 2010
Mencuci Kemaluan Dengan Betul
Posted by ApekxHensem™ at 12:48 AM 15 comments

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.
Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga
Labels: cuci kemaluan, kesihatan
Thursday, June 17, 2010
Kedukaan terubat
Posted by ApekxHensem™ at 10:19 PM 19 comments

Time balik kija rasa seronok laen macam, apek merempit pun menjadi kalah Apit berpuluh-puluh keta apek menyelit kuikuikui, kalo hari biasa rasa mcm serba tak kena saja nampak sangat benda yang ditunggu-tunggu tu semakin hampir ekekeke.
Dah sampai rumah parking moto tempat biasa. Masuk-masuk bukak baju terus pigi mandi, mak apek tengok pun dah geleng kepala, bukan apa mungkin pelik sebab tak penah tengok anak terunanya balik-balik kerja terus ke bilik mandi.
Bila dah wangi terus parking depan tv kuikuikui masa yang ditunggu hampir tiba, semakin hampir semakin lambat pulak, kadang-kadang terasa macam tunggu mau buka puasa saja kekeke. Cukup time bola pun mula akhirnya perlawanan yang ditunggu telah pun bermula...Argentina vs Korea Selatan, game tak berapa cantik apa-apa pun apek begitu happy sebab my dream team menang 4-1...apek tulis panjang-panjang pun sebab mau bagitau ini celita saja..kuikuikui talak awek pun hepi maa....
Labels: argentina, happy, korea selatan, rempit
Sunday, June 13, 2010
Gundah gulana
Posted by ApekxHensem™ at 11:09 PM 36 comments

3-4 hari ni lasa macam tak sedap hati. Buat kerja serba tak kena, mau sarapan pagi pun tak lalu. Hilang tumpuan pun ada. Penyakit apa yang dah menyerang apek ni, nak kata terlepas 1st game world cup tak pulak kot...mengeluh panjang apek dibuatnya.....
Pikir punya pikir patutla pun baru apek pasan rupa-rupanya amoi yang apek usha pagi-pagi sebelum pegi keja tak ada. Dah 2-3 hari tak nampak biasanya setiap pagi sebelum apek pigi keja itu amoi akan duduk didepan rumah menunggu bas sekolah. Dapat tengok senyumannya setiap pagi pun dah cukup memberi 'energy' kepada apek untuk bekerja selama 8 jam ekeke.
Sikalangkan cuti sekolah memangla tak nampak rupa. Rumah pun kosong, agaknya ini amoi pergi bercuti ke langkawi kot.
Apek pun mau bercuti jugak tapi bukan di pulau.....di tengah lautan.......huuuuu.....nak tenangkan hati....nanti proceed ekekeke;)
Thursday, June 10, 2010
Jadual Piala Dunia 2010 [download]
Posted by ApekxHensem™ at 12:06 AM 13 comments
lu olang boleh download kat sini
DONWLOAD!
Wednesday, June 9, 2010
Israel Inside (israel dalam pc kita)
Posted by ApekxHensem™ at 12:08 AM 21 comments
Dunia tengah kecoh-kecoh pasal itu islael talak guna yang semakin menjadi-jadi dengan menyerang kapal misi pasukan bantuan antarabangsa. Siapa yang talak terbakarkan dengar itu cerita. Sini apek tak mau cakap pasal itu serangan sebab dah ramai kawan-kawan kita share itu celita.
Apek mau share something yang apek baru tau, ape tak sure lu olang sudah tau ka belum. Sebenarnya ada logo bendera Israel dalam kita punya pc. Apek pun tak sangka tapi bila dah check ada pulak itu logo tak guna. Boikot punya boikot lupa-lupanya ada pulak lambang Israel dalam apek punya lappy. Sekarang apek dah pun buang itu lambang...jom-jom suma mali kita buang.
check kat sini...banyak gila...
Labels: Boikot Israel, Israel dalam komputer, Israel Inside
Tuesday, June 8, 2010
Jenama di World Cup
Posted by ApekxHensem™ at 12:03 AM 15 comments
World Cup semakin dekat hehe xsabar pulak apek nak tunggu ekekeke..Bila berborak pasal World Cup ni apek tertarik dengan tajuk berita diakhbar baru-baru ini iaitu 'perang jenama'. Saingan bola bukan sahaja diatas padang tapi melibatkan jenama-jenama terbesar yang menjual barangan sukan semasa Piala Dunia. Jenama yang yang paling popular di Piala Dunia sudah tentulah Adidas dan dua pesaing utamanya, Nike dan Puma. Ketiga-tiga jenama ni akan memeriahkan lagi kempen Piala Dunia nanti.
Apek ada sediakan sedikit tentang info ringkas ketiga-tiga jenama ini.
Adidas
Adidas merupakan pengeluar barang sukan dari negara Jerman. Ditubuhkan pada 1924 oleh Adolf Dassler. Produk-produknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain. Adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Nike. Negara yang menggunakan jenama Adidas di Piala Dunia Argentina, Mexico, Sepanyol, Denmark, Perancis, Jerman, Greece, Japan, Nigeria, Paraguay, Slovakia,
Nike
Nike, Inc. ialah syarikat yang menghasilkan kasut, pakaian dan alat-alat sukan serta aksesori dari Amerika Syarikat yang merupakan salah satu syarikat sukan yang terbesar di dunia. Diasaskan oleh William J. "Bill" Bowerman dan Philip H. Knight pada tahun 1972. Nike juga bergabung dengan Syarikat Umbro. Negara yang menggunakan jenama Nike di Piala Dunia Australia, Brazil, England, Korea Selatan, Belanda, New Zealand, Portugal, Serbia, Slovenia, Amerika Syarikat.
Puma
Diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1948, sejak meninggalkan abangnya Adi (Adolf Dassler) di Adidas. Syarikat yang terletak di barat Jerman ini menghasilkan barangan sukan seperti kasut, pakaian. Puma juga menjadi jenama utama yang menaja pasukan tuan rumah di Piala Dunia. Negara yang menggunakan jenama Puma di Piala Dunia Cameroon, Ivory Coast, Itali, Afrika Selatan, Switzerland, Uruguay, Algeria
Labels: Adidas, Nike, Puma, World Cup 2010
Saturday, June 5, 2010
imesra.com
Posted by ApekxHensem™ at 12:17 AM 41 comments
Apek tamau cakap manyak..kalo lu olang mau tengok lukisan-lukisan dia..lu olang boleh terjah ini website imesra.com
Labels: imesra.com, Lisa Surihani
Friday, June 4, 2010
Mad Sempit
Posted by ApekxHensem™ at 12:13 AM 17 comments
Jangan kata skil saja hebat kalo bab berhujah lagila, ini olang sembang memang talak penah jatuh punya. Bila bukak topik pasal motor, ini Apit memang boleh skor A apek ingat kalo ada subjek motor kat ipta 4 flats dia sapu. Kalo sembang pasal enjin habis segala teori dan pengilaan diulasnya memang powerla sampai Ah Kiat tokey kedai motor pun terdiam.
Kalo bab pakaian Apitlah yang up-to-date. Apek tengok serba-serbi, dari atas sampai bawah suma mau branded. Anak olang senang tak jugak, apek lasa sebab dia ada wat bisnes jual spare part moto kot. Dah pandai dalam bisnes ada rupa pulak tu memang jadi pujaanla minah-minah kat kampung ekekeke..Setakat mak budak tak sekolah lagila senang dapat, wekang itu motor petik ayat-ayat cinta petang tu jugak Apit bawa menarik.
Apit berbadan kecil dan kurus memang sesuaila kalo masuk itu Cup Prix, tambah pulak setiap minggu Apit slalu layan corner sampai berapi. Ramai jugakla olang termasuk apek rekemen pegi masuk itu Cup Prix tapi penah ditolaknya mentah-mentah sebab alasan kukuhnya yang tidak mahu meninggalkan peminat setianya dikampung. Katanya dia lebih suka duduk dikampung. Bila disuruh bekerja sama Ah kiat itu olang tak mau pulak katanya lebih seronokl melepak sama sekutunya dikampung berbanding sama tokei kedai tu.......
.aiyaa..mcm ini punya olang pun ada ka?ingatkan mat lempit macam ni sudah tak wujud..
Labels: bohsia, cup prix, Mat Rempit, Minah Rempit
Wednesday, June 2, 2010
Thanks untuk awards dan tag
Posted by ApekxHensem™ at 10:47 PM 4 comments
Kalo tak buat tag dan amik award ni lasa macam serba-salah pulak dekat olang yang bagi ni..wat kija tak senang, makan tak kenyang, semayang pun macam tak kusyuk ekekeke;P..Solila lambat amik...apek sibuk sangat dengan kija...sampai entli pun tak sempat nak buat.
Thanks for Krole, Cik Cepet , ChekguAlong, Mawaddah, Butterflies-lover dan ada lagi apek tak ingat lasanya...yang penah bagi tu tinggalkan komen kat sini..
Dari Mawaddah Mawaddah
Dari Mawaddah dan ChekguAlong

Dari Mawaddah Mawaddah dan Aku Chumel

Dari Mawaddah Mawaddah

Tag dari Krole dan Butterflies-Lover
i) 10 fakta tentang saya (nampak mcm senang tapi susah mau jawab)
- berotak untuk berfikir
- berpakaian
- boleh makan
- boleh dengar
- boleh cakap
- boleh tido
- boleh jalan dan berlari
- boleh ketawa
- boleh menangis
- last skali of kos la apek laki ekekeke.....manyak lagi ni tapi mau 10 saja hehehe
ii) 10 perkara menakutkan saya
- wat silap
- seksaan kubur
- telsesat dipadang pasir
- teljun bangunan
- potong tgn sendili
- buat benda yang menyakitkn diri
- nek motor dengan mat lempit
- di tengah lautan solang2
- pelempuan
- bos pa
iii) 10 perkara yang selalu aku sebut
- monink...
- hai..
- uit..
- weh...
- betui ka??
- pssttt...
- thanks..
- okei...
- hurmm
- yesss..!.
iv) 10 perkara yang amat bernilai bagi saya
= Agama
- Mak
- Abah
- Abang
- Adik
- Adik lagi solang
- Dili sendili
- bila olang tolong apek.
- ic
- lesen
- Atm kad
v) 10“pertama kali” dalam hidup saya
- pertama kali dapat tag macam ni
- pertama kali dapat soalan macam ni
- pertama kali jawab soalan mcm ni
- pertama kali jawab tag berjam-jam
- pertama kali diberi tag oleh lelaki (krole)
- pertama kali pening jawab tag
- pertama kali makan nasi tak habis
- pertama kali tak topup sebulan
- pertama kali apek menipu sebab nk jawab soklan ni
- pertama kali ku memandang wajah si dia...ekekeke
vi) 7 kawan yang yang kena tag ini,.
- Apek tag semua yang baca ni...
Tag dari Cik Cepet
Monday, May 31, 2010
Drama Arjuna (Slot Aksi TV3)
Posted by ApekxHensem™ at 12:03 AM 34 comments
Buat semua pembaca ini hali apek mau share drama siri terbaru di Slot Aksi TV3 iaitu Arjuna yang bermula tanyangannya hari ini. Drama ini akan ke udara pada pukul 9.00 malam setiap isnin bagi menggantikan drama Jidin. Apa yang best sangat tentang drama ni? Hehe..apa yang wat apek excited sangat sebab ini drama ada adegan alam fantasi ditambah dengan aksi lawan-lawan pedang dizaman pendekar dulu kala. Kuikuikui..sama macam permainan kesukaan apek iaitu Kesatria Poyos. Bak kata Darkbatman pulak aksi macam cerita Stormrider dan juga Chinese Paladin..best-best..yang pasti drama Arjuna ni dalam bahasa Melayu.
Mau cakap pasal drama cintan-cintan, pujuk memujuk saja bosan jugakkan. Bagus jugakla kalo sekali skala kita beralih arah ke drama aksi pula. Selain dari aksi dan juga kuasa mistik terselit juga babak-babak percintaan dalam ini ditambah pula drama ini diberi penekanan pada aspek persembahan kesan khas visual CGI yang mengagumkan. Satu lagi drama aksi ni diterbitkan oleh KRU Studios...mesti masyukkkk...hehe
Sinopsis drama Arjuna:
Drama bersiri Arjuna mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna (lakonan Remy Ishak) seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan. Arjuna mewarisi sebuah senjata sakti, Permata Wilis daripada ayahnya Adiputra sebelum dibunuh oleh dua musuh yang akan sentiasa mengekori iaitu Grakus dan Gempita. Dapatkah Arjuna mempertahankan apa yang diwarisinya?so sama-samala kita saksikannya.
Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.
Ok...malam ni jangan lupa tau pukul 9.00 di TV3...hehe cekedout...aiyaa...
Labels: Arjuna, Remy Ishak, Slot Aksi TV3
Saturday, May 29, 2010
Malaysia juga ke World Cup 2010
Posted by ApekxHensem™ at 2:06 AM 25 comments
Banggala jugakkan sekurang-kurangnya ada juga nama Malaysia disebut di kejohanan terulung tu. Apek lebih bangga sebab Subkhiddin(Cikgu Din) ni sebenarnya seorang cikgu yang mengajar di sekolah apek. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal sebagai guru Pendidikan Jasmani. Telingat apek masa dia mengajar Pendidikan Jasmani dikelas apek dulu hehehe. Walaupun jarang-jarang ada di kelas tetapi apek masih ingat ini Cikgu Din. Apapun tahniah kepada seorang yang bergelar guru kerana mampu menjadi pengadil di Piala Dunia nanti...hehehehe(^_^)
Labels: afrika selatan, Malaysia, pengadil malaysia, subkhiddin salleh, world cup
Thursday, May 27, 2010
Chukang...filem untuk gay?rumah urut?
Posted by ApekxHensem™ at 12:13 AM 26 comments
Lu olang tau itu filem pendek yang bertajuk Chukang?kalo u olang da terbaca sulat khabar baru-baru ini mesti tau itu filem pendek. Filem ni mempunyai elemen-elemen seks membabitkan hubungan antara lelaki dengan lelaki serta disulam dengan emosi dan drama menjadi tunjuang kepada filem pendek ini. Apek cuma konfius adakah filem ini hanya untuk golongan gay ataupun umum. Dan juga apakah tujuan sebenar filem ini dibuat, adakah untuk mencetuskan kontroversi ataupun ingin mencali glamour saja?. Ini adalah sebuah lagi filem pendek pondan selepas filem Comolot dan juga Bukak Api. (best jugak filem yang sebelom ni)
Filem pendek terbitan syarikat Seamen Production Sdn Bhd arahan Shuhaimi Lua Abdullah mengisahkan seorang pemuda yang bernama Azlan (lakonan peserta program realiti Mystar LG, Azam Pit) dari Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki untuk dirinya dan juga membantu keluarga dikampung.
Namun atas kesempitan wang dan terdesak mencari pekerjaan, Azam terjebak dalam kancah 'rumah urut' yang mana dia telah ditawarkan bekerja sebagai tukang urut.
Selain itu wujud pula Jeff lakonan pelakon muda, Amran Ismail yang menggalas karakter antagonis serta Ifa Raziah sebagai Kamila dan Roslan Shah untuk menghidupkan watak mak ayam. Wahh ini celita memang mengisahkan tentang rumah urut ekekeke tetapi bezanya rumah urut ni tukang urutnya bukanla awek-awek seksi or amoi-amoi gebu tetapi hanyalah seorang lelaki yang nalurinya normal seperti lelaki lain di dunia ini.
Kalo u olang nak tau sebenarnya filem pendek ini menyingkap kisah benar seorang tukang urut yang terpaksa berdepan kemelut kerjanya yang bertentangan dengan nafsu jiwanya. Lelaki sejati macam apek ni! kuikuikui...Banyak isi-isi tersirat dalam ini filem Chukang selain daripada membongkar kisah semangat seorang jejaka serta nilai pengorbanan yang tidak terhingga.
Hmm so janganla salah faham dengan ini filem, apek sebelum tonton ini celita apek pun konfius jugak apa motif sebenar celita ni, tapi bila dah layan, macam-macam yang boleh kita ambil sebagai iktibar. jangan la pulak hanya menonton babak-babak panas saja ekekeke..bagi apek ternyata apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini banyak menyingkap mengenai realiti kehidupan yang sudah lama wujud ni negara kita ini, jangan terlalu berfikiran sempit, lu olang try la layan ini filem, tak lama hanya 15 minit saja. Selain tu ini filem pendek yang menelan kos RM10,000 juga bakal dipertandingkan untuk Festival Filem Malaysia akan datang. Tahniah, dan semoga berjaya untuk Shuhaimi!.
Labels: amoi gebu, awek seksi, bukak api, chukang, comolot, lelaki bogel, lelaki gay, lesbian, perempuan bogel, seks
Tuesday, May 25, 2010
Shoutmix kena banned? apek ada penyelesaiannya
Posted by ApekxHensem™ at 10:18 AM 20 comments
Wa kena banned! Lu olang pelasan x apek punya shoutmix chat dah bertukar jadi Cbox?kekeke..lu olang tau kenapa?semalam En Otomen88 pun ada tanya apek kenapa apek punya URL sudah kena banned sama shoutmix. Bila dah kena banned apek tak bolehla nak chat kat blog sendiri ataupun blogwalking kat mana-mana blog atau domain yang pakai Shoutmix macam apek…hurm..kalo kena mesti lu olang mesti tensionkan? Apek dah kena banned 5 jam pun sudah tak tentu arah hahaha…
Kalo sesapa yang dah try dan ada effect tolong rojer apek oke....Thanks kawan!
Labels: Cbox, kena banned, shoutbox, shoutmix, tips, URL pendek
Sunday, May 23, 2010
Apek di Final Liga Juara-Juara Eropah
Posted by ApekxHensem™ at 4:43 AM 25 comments
Bagi yang minat bola macam apek tentu tau bukan ini hali punya game final Liga Juara-Juara Eropah iaitu perlawanan antara Inter Milan lawan Bayern Munich, kedua-dua pasukan akan beraksi di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol. Seminggu sebelum perlawanan apek telima panggilan dalipada kawan baek apek si hensem Salil dan si badan sasa Ucop, u olang tau tak itu dua olang call apek sebab mau ajak apek pergi menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung di Madrid itu!!! wahhh...sebenarnya apek pun ada terpikir mau ajak kawan tak sangka pulak ini dua olang sudah wat kejutan sama apek..kekeke..apa yang penting kitaolang berangkat awal-awal sebab takut tak ada tempat.
Oke dipendekkan celita..setibanya apek disana, suasana begitu meriah, apek dapati begitu ramai olang yg datang menyaksikan perlawanan tersebut, yang kat dalam Stadium Santiago lagila ramai olang. Kat sini apek mau cali kelusi pun susah, ada jugak yang sanggup berdiri di bahagian belakang..hmm ramai bukan?. Memang best ramai-ramai tambahan pula dapat menyaksikan itu star bole sepak Samuel Eto sama Arjen Robben beraksi secara live!
Game memang menarik, apabila kedua-dua pasukan membuat cubaan ataupun menjaringkan gol, kebingitan jeritan dan tepukan penonton memang kuat. Sampai si Salil dan Ucop pun begitu kusyuk menyaksikan perlawanan tersebut sehingga permainan tamat, satu pengalaman yang manis bagi diri apek sebab dapat menyaksikan perlawanan akhir liga juara-juara walaupun pasukan yang apek sokong tumpas kepada Inter Milan 2-0. Tahniah Jose Mourinho.
Game dah habis apa-apa pun apek n geng memang enjoy sambil borak-borak pasal bola sebelum pulang tiba-tiba.........Papppppppppp!!! kedengaran seperti tangan mengetuk meja.
"machaa, game sudah abiss, roti, milo sama teh tarik dua semua RM3.50. bayar sekarang la..kaunter sudah jem" kata mapley kedai mamak sambil meletakkan resit diatas meja makan kita olang.
adehhh....jgn marah tau...ngantok tengok bola apek mau balik tido...kuikuikui Enjoy!!! ;P
Labels: Arjen Robben, bola, Eto, kedai, layan, mamak, UEFA Champion












