PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Friday, April 30, 2010

#4 Ade 10 sebab menggunakan internet.

9 comments

             Pertama sekali aku nk gtau tujuan utama kenapa entri ni ditulis adalah kerana aku ingin menyahut cabaran Atok Poyo. kenapa lak nk sahut cabaran Atok Poyo?? Sebabnya Atok Poyo ade wat contest tentang 10 sebab korang menggunakan internet. Boleh rujuk kat sini Empayar Poyos (macam susah pun ade gak..sebab nk kene pikir..aku ni dahla malas pikir...)OK..serius...berbalik kepada contest ni..ramai yang tahu biasanya kita menggunakan internet untuk berkomunikasi(YM,e-mail),mencari maklumat (isu semasa,lagu,download movie), membayar bil (maybank2u), blogging(yg ada website atau blog), online games (yg mana kaki games) dan macam2 lagila..tapi kat sini aku taknak jelas dengan lebih detail sebab benda ni dah memang slalu sangat watkan kita gunakn internet..aku ada sebab tersendiri disebalik aku suka menggunakan internet. Isi-isi tersiratla konon….Antaranya ialah…

1. Aku hanya perlu membayar RM68 (mengikut line dan package) sebulan untuk melayari internet selama 24 jam tanpa henti, nilai yang aku dapat dari internet lebih tinggi dari nilai yang aku bayar setiap bulan. Menarik bukan?.(da yang RM48 ja)

2.Kemampuan grafik yg ada pada internet membuatkan aku untuk memperlihatkan jenis produk yang aku ada dan mendeskripsikan pelayan yang aku berikan secara dinamik dan dalam format yang interaktif (contoh macam pelbagai jenis design la). Aku juga dapat membuat ‘browser’ berwarna dan menyebarkannya tanpa dibebani kos cetakan. Sekarang ni aku tengah belajar cara-cara design blog. (Macam-macam tul internet ni aku teruja sangat)

3. Bagi yang da wat bisnes internet lak(aku tengah praktik) halaman Web akan membantu dalam bidang perusahaan. Aku hanya perlu wat pelaburan yang kecil, produk aku mungkin mampu tersebar luas di dalam pasaran global, tul tak??? Walaupun aku rasa usaha usaha aku ni hanya sebuah bisnes kecil xpun dalam Malaysia ja, pelaburan aku mampu bersaing di peringkat antarabangsa. (Hehehehe...nice! cek suka yg nih)

4. Pada pendapat aku tenet ni dah terlalu penting bagi aku kalo dah ada bisnes atau sesuatu perusahaan, sebab dah banyak orang wat bisnes ni yang menggunakan internet untuk berhubung dengan pelanggan dan berkomunikasi tentang perusahaan atau bisnes. Jadi bila benda ni dah jadi satu perkara yang penting  bolehla aku menggunakan internet selama beberapa jam (24 jam pun xkisah) dan mengirimkan seluruh e-mail tanpa KOS TAMBAHAN(ni yg penting ni).

5. Satu lagi aku ni kadang-kadang ada wat pembelian melalui online dan pekerjaan aku ni memerlukan aku berhubung dengan vendor-vendor luar dan aku memerlukan jawapan dengan cepat. Aku selalu bertanyakan apakah aku akan dapat memperoleh jawapan mengenai pertanyaan dan keluhan-keluhan aku tanpa kehilangan banyak waktu dengan menggunakan telefon.tak kot....bagi aku Internet adalah pilihan tepat. Mengapa? Kerana internet merupakan suatu pilihan yang memudahkan, bagi aku yang tidak suka dengan sistem voice-mail, untuk menggunakan format online dan atau e-mail.(Hehehe...just kirim email or YM,IM kat bos or vendor  untuk wat pertanyaan,sangat cepat)

6. Bila dah sebut pasal cepat ni tringat aku pada masa lalu..lagipun orang dulu-dulu tak pernah dapat berhubungan dengan mudah antara satu dengan yang lain dalam mencari dan bertukar informasi mahupun idea sebelum wujudnya internet. Melalui newsgroups (yang ada sekarang), mailing list dan e-mail, ianya dapat menghubungkan aku dengan laman-laman web yang aku inginkan dengan cepat dan mudah. (wahh tip-top nak dapat maklumat pun senang)

7. Aku da sebut pasal mudah nak dapat maklumat tadi. Secara peribadi bagi aku internet merupakan sumber yang luas! yang memungkinkan untuk menemukan vendor atau layanan peribadi untuk memenuhi keperluan perniagaan. Aku tak perlu ke perpustakaan untuk mencari sumber-sumber rujukan, kalo untuk aku yang dah bekerja dan nak cari info pasal produk keluaran syarikat aku. Tak susah pun, sebenarnya terdapat banyak industri kini telah memiliki halaman web sendiri tempat aku untuk mencari informasi. Aku juga dengan mudah dapat mencapai informasi yang aku perolehi tanpa harus menggunakan perkhidmatan telefon. (hehe leceh pakai fon ni...nk kene speakingla apela hehe).

8. Dok sembang pasal kerja je aku nak sembang time aku cuti lak. Kadang-kadang kita xpernah lari dengan percutiankan. Aku pun sama,aku suka pergi bercuti xkirala kat mana pun..kalo korang nak tau internet merupakan jaringan raksasa yang melintasi batas negara dan politik. Hanya dengan  menggunakan internet, tak kirala dimana pun aku berada, aku dapat berhubung ke seluruh dunia.(hehe boleh chat ngan abah mak,kawan,awek pakai webcam, xpun boleh pakai Facebook atau Twitter :D)

9. Bila dah cuti..adala masa lapang sket kat umah. Time ni internet memang sangat berfungsi untuk aku sebab aku ni suka main games online, kene ade internet baru lah boleh bermain dengan orang kat luar sana. Bertapa hebatnya internet ni sehinggakan aku dapat bermain dan berkongsi fail(software fail sharing,download lagu,video) dengan orang-orang kat luar sana dengan hanya duduk atau baring didalam bilik. (suka betul aku ngn tenet ni..kalo xdek boring).

10. Kalo dah main game dalam internet tu, aku kenala tau jugak pasal kaitan game dengan internet. Game dengan internet memang ada kaitan, kalo korang semua hendak tahu, terdapat berjuta-juta permainan aplikasi didalam internet pada masa kini, antara yang popular termasukla dari jenis browser game, flash game, online game (RPG). Kita bukan setakat main game je tapi dalam masa yang sama kita boleh tahu tentang game(tips,hint,informasi) yang kita main dalam web game tersebut.Wahh ni jugak salah satu sebab kenapa aku guna internet. Contohnya sekarang ni game yang aku tengah gila sangat iaitu Kesatria Poyos, aku boleh mendapatkan info tentang game ni dengan hanya pergi ke laman web Empayar Poyos.


So...inilah isi-isi tersirat sebab aku menggunakan Internet hehehe.....nak len dari yang laen sebab tu aku letak tersirat... 

Thursday, April 29, 2010

#3Katakan tidak untuk April Fool????

3 comments

Katakan tidak untuk April Fool????why say no to April Fool?kenapa??mengapa??mungkin ramai yang tidak tahu, sampai aku sendiri pun xtahu sehinggalah aku terbaca artikel mengenainya..artikel ni daripada Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM)..oleh kerana kita ni masih lagi dalam bulan April, so aku rasa masih sempat lagi untuk aku share benda ni ngan korang...

Tau x korang kaitan April Fool ngan tragedi penyembelihan umat Islam Sepanyol?????jeng...jeng..jengg....Ok..harini aku nak cita sket sal sejarah April Fool.......ape yg ditulis??jom kita baca....

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Selama 6 abad Islam di Sepanyol terus makmur dengan pengikut yang menjalani hidup secara islami. Selama itu juga kaum kafir yang masih disana terys berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Kemudian mereka menghantar perisik untuk mencari kelemahan umat Islam disana. Mereka berusaha untuk melemahkan iman orang Islam dengan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulalah mereka mengirimkan arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan agar anak-anak muda menghabiskan masa dengan menyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Akhirnya, usaha mereka berjaya.

Sepanyol telah jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah yang terakhir ditakluk. Tentera salib mengetahui bahawa banyak Musliim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu membuat pengumuman, bahawa para Muslim Granadda boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. "Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di perlabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!" demikian pujuk tentera Salib. Orang--orang Islam masih lagi curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan dipelabuhan untuk menyakinkan bahawa helah mereka benar. Mereka pun bersiap untuk berlayar setelah melihat kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya,  ribuan penduduk Muslim Granada telah keluar dari rumah mereka menuju ke pelabuhan bersama keperluan masing-masing. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya seterusnya membakar kawasan perumahan mereka. Ribuan umat Islam yang berada di perlabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakkan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa persaaan belas kasihan. jerit tangis dan takbir berbahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol dipelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tenggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April 1487 Masihi sebagai "The April Fool Day"

-dipetik dari artikel Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM)


hurm...sedihkan..sampai begitu kejam skali org-org kristian nih.....hope pasni rakan-rakan kita kat luar sana xsambut April Fool lg hehehe..;)

Tuesday, April 27, 2010

Ade contest dari Empayar Poyos!!!jom join..dapat wet RM100!!!

0 comments

Aduhhhhh dok sebok sangat main Kesatria Poyos sampai terlupa lak nk join contest ni....adehhhhhh tarikh da nak tamat...camna ni idea xdek.....korang da idea?????jom la join...ade rezeki ley dapat RM100!...peraduan ni dibuat oleh Atok Nujum Poyos (pencipta Kesatria Poyos)..hehe..my idol kot skang nih..ekekekeke....cube baca bawah ni.....

Apa yang korang perlu buat adalah seperti berikut:

  1. Kena ada blog sendiri. Tak kira la blogspot ke wordpress ke atau yang ada domain sendiri pun boleh.
  2. Buat entri baru. Tuliskan 10 sebab kenapa korang gunakan internet. Tak kesah la ton penulisan korang tu berbentuk ilmiah ke, kelakar ke, sedih ke, janji berikan 10 sebab. Entri hendaklah sekurang-kurangnya 500 patah perkataan.
  3. Dalam entri korang tu, kena ada 1 link yang merujuk ke Empayar Poyos
  4. Dalam entri korang tu jugak, kena bagitau entri korang tu adalah kerana korang sertai peraduan ni.
  5. Bila dah siap, sila letak URL entri blog korang kat kotak komen di bawah.
  6. Tarikh tutup peraduan ni adalah 1 Mei 2010.
  7. Keputusan akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup.
Hadiah:
  • Tempat Pertama – RM100 tunai
  • Tempat Kedua – RM50 tunai
  • Tempat Ketiga – RM25 tunai

Nak tau lebih lanjut korang leh tgok kat blog Atok...jom join contest ni!
seikhlas hati dan bangganya tolong pomot kat Atok hehehe..pe lg jom la try..

Selamat mencuba!

Saturday, April 24, 2010

#2 Cara nak bermain Kesatria Poyos

0 comments

 


salam....start hari ni aku nk cakap utara...hehe..kena la ngn aku org utara ni...tp nak campur sket baru jd rojak..hehe..rojak kan sedap...hari tu aku da review sal game Kesatria Poyos kn. Hari ni aku nk terang cara2 bermain lak....game ni xsusah..senang je..lagipun bila korang start main game ni..dia ada sediakan toturial. Ok yang pertama sekali korang kena daftar nama karakter korang dulu..besa la mana ada hero xdak namakan hikhikhik...macam kat bawah ni..

                   letak nama hampa kat sini..                        


yang baru main tu...dapatkan Hadiah dari pembesar Empayar POyos disini...
amik hadiah!!

korang gak leh dapat ramai geng kat dalam ni...

Tambah lebih 150++ geng anda!!!!

korang rajin2 la masuk ke blog atok ni untuk dpt lebih info..


Bila dah masukkan nama..korang leh la klik mulakan permainan..so bermula la kehidupan korang sebagai Kesatria, tapi ingat bukan mudah nak jadi kesatria ni sebab korang kena wat misi, upgrade karakter korang sampaila jadi kuat dan poyos hehe. Game ni xsusah lepas korang mulakan permainan, game ni ada sediakan tutorial permainan untuk korang..macam gambar kat bawah ni...

            Tutorial Permainan               

Untuk langkah 1: Misi Pertama
Kalo korang nak wat misi korang bolehla tekan Langkah 1 untuk misi pertama. Link ni akan membawa korang ke dunia Kesatria Poyos. Disinilah misi bermulanya perjalanan anda sebagai Kesatria, jad korang kenala selesaikan misi-misi kat dalam ni untuk menjadi kuat dan poyo. Menjadi Kesatria yang hebat memerlukan anda melalui pelbagai peringkat, antara peringkat yang pertama ialah peringkat Latihan. Yelahkan nak hadi pahlawan mestila kena ada latihan hehehe..mana leh main beduk je..

Misi yang pertama ialah misi memburu perompak, korang akan ditugaskan untuk menangkap perompak disekitar Empayar Poyos yang asyik mencuri dan merompak harta benda orang ramai. Contoh gambar ada aku sediakan dibawah:

           Lepas settle tahap Latihan, hampa leh jadi pengembara pulak dan peringkat seterusnya.....^_^

Untuk Langkah 2: Beli Senjata
Bila korang dah rasa macam dah hebat sebab senang sangat selesaikan misi korang bolehla test power karakter korang, mana tau kot nak uji kehandalan ka hehe tapi pastikan karakter korang kuat dulu barula boleh poyo..hehe. Korang boleh klik Langkah 2 untuk beli senjata. Link ni pulak akan membawa korang ke kedai senjata yang terdapat sekitar Empayar Poyos. Kalo untuk yang baru tu kedai ni adala sediakan pedang-pedang yang boleh korang pakai untuk menyerang. semakin tinggi level korang semakin banyakla pedang korang leh 'unlock'.



Untuk mempoyokan karakter korang lagi, Korang juga boleh membeli pelbagai kelengkapan lain selain daripada senjata, contohnya bantuan seperti pisau,perisai,kuasa,makanan dan juga yang lain. Barang-barang yang terdapat di kedai ini ada ketikanya diperlukan untuk korang memulakan sesuatu misi. Sebelah ada contoh barang-barang yang terdapat dalam kedai untuk rujukan korang.




Langkah ke 3: Lawan!
Selepas korang beli senjata dan peralatan lain bolehla korang uji kehebatan karakter korang dengan menekan link Langkah ke 3 untuk ke medan pertarungan. Kat sini korang boleh la berlawan dengan pemain-pemain lain.


senang ja..cuma perlu tekan 'serang' untuk berlawan dengan pemain lain.

Langkah 4: Naik Taraf Karakter Kau:
Setiap kali korang nek 'level' baru atau melngkapkan misi, korang akan dapat point naik taraf. Korang boleh naikkan skil serang dan pertahanan,kesihatan atau tenaga disini. Terpulang pada anda hendak seimbangkan poin naik taraf tersebut atau tidak.





Langkah ke 5: kukuhkan geng kau
korang jugak boleh minta pertolongan dari rakan-rakan korang untuk dapat lebih banyak pengalaman dan juga duit. tapi sebelum tu korang kenala ada kawan dan geng dalam Kesatria Poyos ni. Semakin ramai geng korang semakin kuatla karakter korang. Geng juga memainkan peranan yang penting untuk menguatkan serangan dan pertahanan karakter korang. Sebagai contoh, kalo korang ada 1 geng korang hanya boleh memakai satu senjata sahaja. tapi jika korang ada 100 geng, karakter korang boleh pakai sehingga 100 senjata.


                                aku da sediakan sedikit formula:

                                1 geng = 1 senjata/perisai
                                100 geng = 100 senjata/perisai

                                jadi,
                                1 geng x 1 senjata/perisai = jumlah serangan/pertahanan anda

 ok..sekarang kita guna contoh pedang jepang yang mempunyai kekuatan serang sebanyak (+3)

                                kalo korang ada 1 geng:

                                1 geng = 1 pedang jepang (+3)
                                1 geng x (+3) = 3 serangan

                               #korang dapat point 3 serangan

                                kalo korang ada 100 geng:

                               100 geng = 100 pedang jepang (3+)
                               100 geng x (+3) = 300 serangan

                               #korang dapat point 300 serangan

selain daripada membantu anda didalam medan pertarungan, geng juga boleh membantu anda semasa membuat misi, mereka akan memberi lebih banyak duit dan pengalaman kepada anda...hehehe best2...


Hampa leh invite kawan-kawan FB hampa untuk jadi geng, takpun just
copy paste ja 'invite link' korang dan share dalam FB.

Habisla suda episod untuk tutorial permainan, so tggu apa lagi mulala pengembaraan anda..hahahahaa..

"http://apps.facebook.com/kesatria-poyos/invitations/3668-fc2924?reference=invite_link"

lagi geng aku

"http://apps.facebook.com/kesatria-poyos/invitations/402-648f98?reference=invite_link"


Aku da lagi satu benda nak share ngan korang. Benda ni amat penting untuk menguatkan karakter korang semasa pertarungan dan juga membuat misi.Korang klik dekat geng. Korang pegi dekat bahagian Tugasan.



Then, (cewahh cakap omputih lak) huhu...korang boleh klik naik taraf dibawah untuk untuk kuatkan karakter korang. Ada 6 jenis naik taraf iaitu Kesatria, Penunggu, Dukun, Peragut, Nujum dan Along.


sini aku ada kelaskan:

Kesatria = menguatkan kekuatan serangan korang.
Penunggu = menguatkan kekuatan pertahanan korang.
Dukun = kurangkan kecederaan semasa pertarungan.
Peragut = mengaut lebih banyak duit kpd karakter korang semasa bertarung.
Nujum = jimatkan penggunaan tenaga karakter korang semasa membuat misi
Along = mengaut lebih banyak duit kpd karakter korang dalam misi

Korang boleh naikkan taraf diatas dengan memilih rakan atau geng anda yang terdapat dalam senarai anda. Point naik taraf bergantung kepada 'level' rakan-rakan anda didalam Empayar Poyos.


Contoh:
kalo korang naikkan taraf Atok Nujum untuk Kesatria kepada karakter korang,korang akan mendapat point serangan yang terdapat pada Atok Nujum tersebut.


Sekian saja info-info tentang cara bermain Kesatria Poyos daripada aku...huhuhu...aku akan share tips-tips Kesatria Poyos dari masa kesemasa..selamat bermain dan bak kata atok..teruskan perjuangan kau!;D

Sunday, April 18, 2010

#1 Jom layan Kesatria Poyos

0 comments

Salam hormat

Oleh kerana aku minat sangat main kesatria poyo ni..aku ada amik review ni dari orang yang pernah try main Kesatria poyo ni...korang buleh ler tgok kat sini..next time aku nak cite pulak pengalaman aku bermain Kesatria Poyos.

Untuk posting yang pertama aku, aku nak share satu benda menarik ngan
korang...sebelom tu...korang penah main game dalam facebook x?kalo penah korang main game ape ye?? kat sini aku nak share sebuah game yang dibuat oleh anak tempatan kita..dan game ni 100% menggunakkan bahasa Melayu...wahh xpecayakan? kalo korang penah main Mafia War, game ni seolah2 macam Mafia War tetapi lebih menarik sebab dalam bahasa melayu..game yg aku nak kongsin ni ialah game Kesatria Poyos..



Tapi ada banyak sebab yang menjadikan aku addicted dengan Kesatria Poyos ni.

Pertama, game ni guna bahasa Melayu dan mudah difahami sebab ia dihasilkan oleh anak tempatan. Gaya bahasanya pun sangat santai dan bersahaja. Lagi pun, game Kesatri Poyos ni sebenarnya agak sama dengan Mafia Wars sebab dua-dua guna engine yang sama.

Permainan ini seperti biasa, mesti bermula dari peringkat bawah iaitu Hulubalang Biasa. Menapak satu demi satu untuk meningkatkan kemampuan diri dengan mengutip pengalaman hidup sehingga menjadi seorang yang berkuasa dan power. Kemudian peringkat demi peringkat ditingkatkan kuasa sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Kesatria yang gagah berani lagi poyos. Huh kalo korang nak merasa pengalaman menjadi pahlawan yang hebat..korang tryla main..bukan ape..nak jd pendekar dizaman sekarang ni dah xleh...org semua dah keja kat ofis...bukan lawan dengan org huhuhu....



Ok kat sini ada lima sebab kenapa kita patut main game menarik ni:

1. Enjin game sama konsep dengan game Mafia Wars yang begitu popular di Facebook;
2. Ramai gamers yang saling bantu-membantu, walaupun selalu saling serang menyerang antara satu sama lain
3. Banyak hadiah misteri dan peraduan2 unik disediakan untuk pemain
4. Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos http://empayar-poyos.com
5. Farid Kamil, selebriti terkenal Malaysia juga turut main Game http://empayar-poyos.com/farid-kamil-pun-main-kesatria-poyos/



Bagaimana untuk menjadi poyo dan hebat di Kesatria Poyos? Hehe, mudah sahaja, cipta watak korang dan lengkapkan ia dengan senjata dan perisai yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Apabila kesatria korang telah bersedia untuk berjuang, hantar dia pergi menjalani misi-misi untuk menambahkan pengalaman. Dan selepas itu korang boleh berpetualang dengan kesatria-kesatria poyos yang lain.. atau penerangan yang lebih mudah:

1. cipta karakter korang
2. hantar karakter korang untuk misi pertama (latihan)
3. beli senjata dan perisai untuk menambah kepoyooan karakter korang
4. bila rasa dah cukup hebat, pergi la lawan dengan kesatria-kesatria poyos yang lain..
5. kalau rasa tak cukup hebat, upgrade karakter korang.. hohoho setiap kali korang naik level akan dapat points untuk tambahkan kepoyooan dan kehebatan karakter korang..
6. untuk tambah power lagi, sila hasut rakan-rakan korang sertai geng korang.. Ia akan menjadikan korang lebih poyo berbanding biasa..



Mudah bukan? Farid Kamil pon main Kesatria Poyos la beb.. Walaupun dia sangat sibuk shooting sana shooting sini, sempat lagi main Kesatria Poyos.

Untuk menambahkan ilmu korang berkenaan dengan kesatria poyos ini, korang juga boleh melayari laman web rasmi kesatria poyos di empayar-poyos.com

Apa kata kita tengok pula testimoni mereka yang aktif dengan permainan ini:-

1. Mans Ihum: pada mula nyer aku x brminat sangat nak main game poyos nie..sbb bgi aku susuh giler..nasib baik ler si fendy mato ijo tu yang ajar..tq bro…saat nie aku dah kira ok masuk tahap 14,…dan kini aku jadi sorang mat gian dlm game ni..game ni poyos giler..aku suke aku suke..tahniah pada pencipta dan pengasas game ni….mertabatkanlah bahasa melayu dalam menuju arah kemodenan…
2. Azman Hisyam: setelah aku menjoinkan diri dalam game Kesatria Poyos ini,baru aku sedar bahawa aku sorang yang sungguh bergaya apatah lagi hebat belaka…disebabkan kesatria Poyos ini telah mempoyoskan aku,aku telah dikenali oleh ramai gadis-gadis…hal ini menyebabkan tok nujum mahupun persatuan2 tok-tok sedunia mencemburui kehebatan Kesatria Poyos aku…aku tidak minta semua ini terjadi…dengan berbekalkan bala tentera siput sedut sebanyak 1gig,aku menyeru bahawa menjoinkan la diri dalam game “KESATRIA POYOS” ini,jangan biarkan profile anda tidak mempunyai Kesatria Poyos…Time kasehhhh…
3. Alip Aieman: Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok . Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat . LoL . Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya . Dalam game nie ada banyak elemen yang dicampurkan seperti cabaran , lawak dan kerjasama.
4. ZulFadhli Sharingan Ameterasu: kesatria poyos mmg de bez..gamenye agak mcabar..lbih mncabar dri mafia war..tp lawak pon ade gk..smpai tergelak tergolek ak dibuatnyew…hahaa..ppepon syabas drpd pihak SYABAS kpd org yg cipta game nie krna mmpu mcipta game nie dan bjaye mnrik mnat org len ntuk join main kesatria poyos…smpai ak pon tertarik.hak3..n kpda smue ksatria2 poyos good luck all..smoge thap korang smue cpt naek..n jlnkn misi2 korang dgn sbaek2nyew dn pnuh btnggungjawab….hahahaa…
5. Ahmad Razien: kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!
6. Nurazura Aslinda: sape yg cipta game nih? x sangka aku telah terjebak dlm pertarungan poyo ni..uhuk..uhuk..
7. Junizam Aziz: perghh..marvelous…penuh dgn misi poyo yg mendebarkan.. mengeletek jiwa sehingga membuatkan aku tak berhenti tersengih seorang diri…sebagai rakyat malaysia…aku bangga dengan pencapaian hebat rakyat malaysia selaras dengan saranan PM..’rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan’….keep up the good job….bravooo…

korang boleh klik kat link ni kesatria poyos selamat memulakan perjuangan anda!

Newer Posts Home

.
Powered by Blogger.