Jenama di World Cup
World Cup semakin dekat hehe xsabar pulak apek nak tunggu ekekeke..Bila berborak pasal World Cup ni apek tertarik dengan tajuk berita diakhbar baru-baru ini iaitu 'perang jenama'. Saingan bola bukan sahaja diatas padang tapi melibatkan jenama-jenama terbesar yang menjual barangan sukan semasa Piala Dunia. Jenama yang yang paling popular di Piala Dunia sudah tentulah Adidas dan dua pesaing utamanya, Nike dan Puma. Ketiga-tiga jenama ni akan memeriahkan lagi kempen Piala Dunia nanti.
Apek ada sediakan sedikit tentang info ringkas ketiga-tiga jenama ini.
Adidas
Adidas merupakan pengeluar barang sukan dari negara Jerman. Ditubuhkan pada 1924 oleh Adolf Dassler. Produk-produknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata dan barang sukan lain-lain. Adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Nike. Negara yang menggunakan jenama Adidas di Piala Dunia Argentina, Mexico, Sepanyol, Denmark, Perancis, Jerman, Greece, Japan, Nigeria, Paraguay, Slovakia,
Nike
Nike, Inc. ialah syarikat yang menghasilkan kasut, pakaian dan alat-alat sukan serta aksesori dari Amerika Syarikat yang merupakan salah satu syarikat sukan yang terbesar di dunia. Diasaskan oleh William J. "Bill" Bowerman dan Philip H. Knight pada tahun 1972. Nike juga bergabung dengan Syarikat Umbro. Negara yang menggunakan jenama Nike di Piala Dunia Australia, Brazil, England, Korea Selatan, Belanda, New Zealand, Portugal, Serbia, Slovenia, Amerika Syarikat.
Puma
Diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1948, sejak meninggalkan abangnya Adi (Adolf Dassler) di Adidas. Syarikat yang terletak di barat Jerman ini menghasilkan barangan sukan seperti kasut, pakaian. Puma juga menjadi jenama utama yang menaja pasukan tuan rumah di Piala Dunia. Negara yang menggunakan jenama Puma di Piala Dunia Cameroon, Ivory Coast, Itali, Afrika Selatan, Switzerland, Uruguay, Algeria