Asyraf johan Imam Muda
Beliau menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 yang berasal dari Baling, Kedah, selepas peserta berusia 26 tahun itu tampil cemerlang dalam tugasannya sepanjang 10 minggu program itu berlangsung di Astro Oasis yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam.
Muhammad Asyraf menerima hadiah berupa sebuah Proton Exora, pakej menunaikan haji dan umrah, wang tunai RM20,000, komputer riba Apple Macpro, Iphone 3G, pakej spa Maghribi, pakej percutian ke Bandung selama empat hari tiga malam dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.
Turut diumumkan pemberian biasiswa kepada semua 10 peserta yang dianugerahkan Yayasan Al-Madinah. Mereka bukan saja ditawarkan biasiswa pendidikan, malah boleh memilih bidang pengajian yang diminati pada peringkat sarjana.