PERINGATAN!!!

Sila pastikan lu olang mempraktikkan senaman lidah sebelum membaca entli Apek, aduan ditelima mengatakan seolang pengunjung telah tergeliat lidah selepas membaca Apek punya entli...tankyu

~Starwalk~

Saturday, July 31, 2010

Asyraf johan Imam Muda

8 comments

Waa baru-baru ni sempat juga apek layan final Imam Muda di Astro Oasis. Best sangat sebab dapat tengok anak-anak muda begitu bersemangat untuk bersaing menjadi Imam Muda. Penantian selama tiga bulan untuk mencari Imam Muda terunggul bagi musim pertama kini telah terjawab apabila peserta dari Pulau Pinang, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, diangkat sebagai pemenang program realiti konsep dakwah yang pertama didunia itu.

Beliau menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 yang berasal dari Baling, Kedah, selepas peserta berusia 26 tahun itu tampil cemerlang dalam tugasannya sepanjang 10 minggu program itu berlangsung di Astro Oasis yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam.

Muhammad Asyraf menerima hadiah berupa sebuah Proton Exora, pakej menunaikan haji dan umrah, wang tunai RM20,000, komputer riba Apple Macpro, Iphone 3G, pakej spa Maghribi, pakej percutian ke Bandung selama empat hari tiga malam dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Turut diumumkan pemberian biasiswa kepada semua 10 peserta yang dianugerahkan Yayasan Al-Madinah. Mereka bukan saja ditawarkan biasiswa pendidikan, malah boleh memilih bidang pengajian yang diminati pada peringkat sarjana.

Newer Posts Older Posts Home

.
Powered by Blogger.